Menteri keluar amaran paras air sungai melebihi tahap bahaya

October 12, 2022 · Isu semasa

Paras air di enam sungai utama di empat negeri merekodkan tahap bahaya sehingga jam 1.15 tengah hari ini (12 Oktober 2022), menurut laman sesawang InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Enam sungai itu melibatkan masing-masing dua di Sarawak, dan Selangor, serta masing-masing satu di Negeri Sembilan dan Terengganu.

Dua sungai di Sarawak melibatkan Long Teru di Miri dengan bacaan 8.11 meter (m) melebihi tahap bahaya 8m; dan sungai di Marudi juga di Miri (3.46m melebihi tahap bahaya 3.25m).

Manakala, dua sungai si Selangor membabitkan Sungai Klang di Taman Sri Muda mencatat bacaan 5.01m melebihi tahap bahaya 5m, dan Sungai Langat di Jenderam Hilir, Sepang dengan catatan 11.38m melebihi tahap bahaya 11m.

Sungai Linggi di Pekan Linggi, Negeri Sembilan juga mencatat tahap bahaya apabila merekodkan 3.46m melepasi 3.3m tahap normal.

Di Terengganu, paras air Sungai Terengganu di Kampung Dura, Hulu Terengganu mencatat bacaan 19.42m melebihi tahap bahaya 14.5m.

Sementara itu, air di tujuh sungai di Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Kedah dan Melaka, pula mencatat paras melebihi tahap amaran.

Sungai berkenaan ialah Sungai Similajau di Sarawak; Sungai Linggi di Sua Betong, Port Dickson (Negeri Sembilan); Sungai Kesang di Telok Rimba dan Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak (Johor); Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Kota Setar (Kedah); serta Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah dan Sungai Kesang di Telok Rimba, Jasin (Melaka).

Pada masa sama, 19 sungai di Sarawak, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Kelantan pula mencatat paras melebihi tahap waspada.

Sementara itu, Menteri Alam Sekitar dan Air kerajaan sementara, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini berkata amaran telah dikeluarkan mengenai paras air di lembangan Sungai Klang.

Dalam satu catatan di akaun Twitternya beliau berkata air telah mencapai paras berbahaya.

“Air berada pada paras 31.21m di stesen Sungai Gombak di Jalan Tun Razak memandangkan lembangan dan sub lembangan utama Sungai Klang di Sungai Gombak telah mencecah paras berbahaya,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Mana suara DAP, kini sokong cara UMNO kempen beri habuan? soal Tuan Ibrahim
December 8, 2022· Politik
PN Pahang sedia galas tanggungjawab sebagai pembangkang selepas BN pilih PH-DAP
November 28, 2022· Politik
Paras air melebihi tahap bahaya di 6 negeri, Selangor paling banyak – JPS
November 17, 2022· Isu semasa
Kenapa perlu tunggu menang PRU baharu nak serah bukti?
November 12, 2022· Politik
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
December 9, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
December 9, 2022
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
December 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
10 jam lalu · Isu semasa
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
15 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah arah Bung Moktar dan isteri bela diri, permohonan semakan ditolak
17 jam lalu · Isu semasa
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
17 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
15 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok