Menteri KBS sekali lagi mohon maaf selepas kritikan

June 14, 2022 · Isu semasa

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sekali lagi memohon maaf susulan kenyataannya berhubung sorakan pemain ke-12 skuad Harimau Malaya yang dikatakan menjadi punca kekalahan Malaysia di tangan Bahrain pada aksi Kelayakan Piala Asia 2023, Sabtu lepas.

“…saya rasa saya perlu memohon maaf kepada semua peminat. Saya juga seorang daripada peminat dan saya kira yang penting sekarang ini ialah untuk terus beri sokongan kepada pasukan kita tanpa berbelah bahagi,” katanya lapor Bernama.

Ahmad Faizal terdahulu merasmikan majlis pecah tanah Pusat Pengalaman Pemanduan di Litar Go Kart Sepang hari ini.

Semalam, kenyataan Ahmad Faizal tular di media sosial selepas beliau tampil membela penjaga gol farizal Marlias susulan kesilapan dilakukannya hingga menyebabkan skuad kebangsaan tewas 1-2 kepada Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Katanya, faktor luaran termasuk membabitkan lebih 63,000 penonton di stadium ketika perlawanan itu berlangsung juga harus diambil kira atas kekalahan itu apabila sorakan mereka secara tiba-tiba dilihat menyebabkan pemain skuad negara hilang fokus sewaktu perlawanan.

Sementara itu, mengenai persediaan kontinjen negara ke Sukan SEA 2023 di Kemboja, Ahmad Faizal menggesa kesemua persatuan sukan untuk bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN) bagi menghadapi temasya itu.

“Kita semua telah melihat prestasi para atlet kita di Sukan SEA di Hanoi tempoh hari dan Sukan SEA di Kemboja ini pula tidak kurang daripada 10 bulan daripada sekarang jadi persiapan perlu dibuat.

“Namun saya kira atlet yang telah mewakili negara di Sukan SEA Hanoi juga berpeluang untuk mewakili negara. Maka saya harap agar mereka semua (persatuan) untuk segera mengambil langkah-langkah proaktif bagi Road to Cambodia dan fokus kepada latihan perlu dibuat segera,” katanya.

Mengenai DEC yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara, Ahmad Faizal berkata DEC adalah satu daripada komponen kepada Pelan Strategik Perniagaan unjuran lima tahun Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Ia adalah sebuah fasiliti di kawasan seluas 28 hektar untuk dijadikan lokasi pembelajaran berterusan pemandu-pemandu di Malaysia agar lebih mahir mengendalikan kenderaan di atas jalan raya.

Berita berkaitan
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023· Politik
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Anwar puas hati tiada menteri terlibat rasuah, perbicaraan rasuah Zahid dihentikan?
November 24, 2023· Politik
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Mahkamah diberitahu 1MDB rancang bayar hutang menggunakan hasil IPO
May 28, 2021
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Tiada bekalan telur ayam di Terengganu, mana Mat Sabu?
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok