Menteri guna Toyota Vellfire 2.5L

November 7, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan semua menteri akan menggunakan Toyota Vellfire 2.5L sebagai kenderaan rasmi menggantikan Proton Perdana 2.4 Premium, bagi mengurangkan kos sewaan.

Dalam satu kenyataan hari ini MoF berkata pertukaran Kenderaan Rasmi Jawatan (KRJ) dibuat antara lainnya berdasarkan kos sewaan Toyota Vellfire 2.5 lebih rendah berbanding Proton Perdana 2.4 Premium.

Menerusi jadual sewaan yang disertakan, kadar sewaan Toyota Vellfire 2.5 adalah RM4,851.61 sebulan berbanding RM4,854.41 bagi Proton Perdana 2.4 Premium.

“Berikutan pelbagai perbincangan mengenai pertukaran KRJ di dalam media sosial, MoF ingin memaklumkan bahawa keputusan kerajaan supaya kereta model Toyota Vellfire 2.5L digunakan sebagai KRJ bagi Menteri-Menteri Persekutuan telah dibuat bagi menggantikan model Proton Perdana 2.4 Premium yang telah ditamatkan pengeluaran pada tahun 2014,” kata MoF.

Cadangan penggantian kereta Proton Perdana kepada kenderaan lain seperti Vellfire sebenarnya telah dipertimbangkan semasa pentadbiran Kerajaan terdahulu tetapi ditangguhkan dan hanya dilaksanakan pada tahun ini.

“Untuk makluman, usia KRJ bagi Jemaah Menteri sebelum penggantian pada tahun ini ada yang mencecah usia 6 tahun sedangkan penggantian KRJ bagi Jemaah Menteri sebenarnya dijadualkan setiap 4 tahun sekali,” kata MoF.

Sebelum ini isu pertukaran KRJ bagi Menteri-menteri Persekutuan telah dibincangkan di media sosial setelah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.

Melalui soalan lisannya di Dewan Rakyat, Sim bertanya kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengenai kos penyediaan Vellfire sebagai kereta rasmi untuk menteri sejak Mac 2020, dan kos bulanan pajakan kenderaan mewah itu daripada syarikat konsesi, Spanco.

Sim berkata kebanyakan menteri yang kini memegang jawatan dalam Kabinet adalah mereka yang lantang menentang kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana mempertimbangkan cadangan menukar kenderaan rasmi.

Berita berkaitan
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023· Politik
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Anwar puas hati tiada menteri terlibat rasuah, perbicaraan rasuah Zahid dihentikan?
November 24, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok