Menteri DAP lapor polis lagi. Kali ini isu pindah SUKMA dari Kelantan

March 17, 2023 · Isu semasa

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohamad Kamal Mohamed mengenai isu penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Hannah menerusi ciapan Twitternya berkata pejabatnya telah membuat laporan polis itu susulan dakwaan Mohamad Kamal bahawa beliau menafikan hak Kelantan untuk menjadi tuan rumah temasya berkenaan.

Menurut Ahli Parlimen DAP Segambut itu dakwaan berkenaan adalah satu fitnah kerana Ahli Exco Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat telah bersetuju supaya negeri itu menganjurkan SUKMA edisi 2028.

“Doakan untuk saya. Difitnah orang Bersatu semalam, hari ini Ketua Pemuda PAS Kelantan pula fitnah, pejabat saya telah membuat laporan polis,” katanya.

Orang Bersatu yang dirujuk beliau ialah Badrul Hisham Shaharin atau Che’gu Bard yang didakwa memfitnahnya berkaitan program ‘Jom Ziarah Gereja’ anjuran sebuah badan di bawah kelolaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Bagaimanapun, Badrul Hisham menafikan memfitnah Hannah, sebaliknya mempersoalkan sama ada benar atau tidak Impact Malaysia yang menganjurkan program itu di bawah KBS dan mendapat peruntukan RM5 juta daripada kementerian berkenaan.

Badrul Hisham turut membuat laporan balas polis terhadap Hannah berkaitan program itu, Antara lain dalam laporan polis itu, Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Che’gu Bard memetik buku tulisan Hannah ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’ yang mencertiakan mengenai perjalanan hidupnya sebagai penganut Kristian.

“Di mana buku tersebut sendiri penuh dengan tulisan mempromosi agama Kristian. Dalam buku tersebut juga tertulis penglibatan dia di dalam bidang politik dibantu oleh pihak Kristian, baik dari segi dana mahupun kempen.

“Tanpa berselindung dalam buku itu menulis bagaimana beliau menggunakan kedudukan politik beliau untuk berdakwah mengenai agama Kristian.

“Tidak tertinggal seruan dia kepada ahli-ahli felo Kristian seberang laut, khususnya dan penganut agama Kristian umumnya untuk mengikut jejak langkah beliau menceburkan diri dalam bidang politik untuk membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian,” kata Badrul Hisham pada sidang media selepas membuat laporan polis itu.

Semalam, Mohamad Kamal yang menulis dalam Harakah mendakwa ‘kuasa’ digunakan untuk menafikan hak Kelantan menganjurkan SUKMA 2024.

Berita berkaitan
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
15 jam lalu· Isu semasa
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
15 jam lalu· Politik
Kertas siasatan penganjuran program ‘Jom Ziarah Gereja’ dibuka: Polis
March 19, 2023· Isu semasa
Perlu pertahankan kerajaan campuran dengan UMNO, kata DAP
March 19, 2023· Politik
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
5 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
8 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
8 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
10 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
15 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok