Mentega kacang Jif tercemar, KKM arah tarik balik dari pasaran

May 30, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan syarikat pengimport produk mentega kacang jenama Jif menarik balik produk itu dari pasaran tempatan kerana dikhuatiri tercemar dengan bakteria Salmonella.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata tindakan itu diambil selepas pihaknya mengambil maklum berkaitan penarikan balik produk mentega jenama berkenaan dari pasaran Amerika Syarikat (AS).

“KKM mengambil maklum mengenai isu penarikan balik produk mentega berjenama Jif dari pasaran AS kerana dikhuatiri tercemar dengan bakteria Salmonella melalui notis diterima dari International Food Safety Authorities Networks (INFOSAN).

“Notis itu menyatakan Pihak Berkuasa Dadah dan Makanan, Amerika Syarikat (USFDA) telah mengarahkan produk mentega kacang berjenama Jif dengan nombor kumpulan antara 1274425 hingga 2140425 iaitu hanya membabitkan tiga digit terakhir 425, ditarik balik kerana tercemar dengan bakteria Salmonella.

“Melalui semakan KKM ke atas data Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM), ia mengesahkan produk mentega kacang berjenama Jif berkenan ada diimport ke negara ini.

“Sehubungan itu, KKM sudah meminta pihak syarikat pengimport menarik balik produk yang berkenaan di pasaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, katanya KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan memantau di semua pintu masuk negara bagi memastikan tiada produk itu memasuki ke negara ini

Peniaga yang menjual produk berkenaan juga dengan nombor kumpulan yang sama juga diminta menghentikan penjualan serta-merta, katanya.

“Bagi pengguna yang membeli produk itu dengan nombor kumpulan yang dinyatakan diminta untuk tidak memakan produk berkenaan,” katanya lagi.

Dr Noor Hisham berkata, Salmonella adalah sejenis bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan sekiranya terdapat dalam makanan seperti daging, ayam, telur, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan yang diproses jika aspek kebersihan diabaikan atau makanan tidak diproses dengan sempurna.

“KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

“Sebarang maklumat atau kemusykilan berhubung isu ini, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat, menyalurkan melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq,” katanya.

Popular
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
July 3, 2022
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
July 3, 2022
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
July 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
9 jam lalu · Isu semasa
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
9 jam lalu · Isu semasa
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
11 jam lalu · Isu semasa
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
13 jam lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok