Menjelang PRU-15 Selangor tutup hutan rekreasi kerana tengkujuh

October 18, 2022 · Isu semasa

Jabatan Perhutanan Selangor menutup semua laluan pendakian dan aktiviti rekreasi dalam hutan simpanan kekal di negeri itu, susulan ketibaan musim tengkujuh yang berlaku setiap hujung tahun.

Penutupan itu akan bermula pada 1 November 2022 hingga 31 Januari tahun depan.

“Adalah dimaklumkan bahawa semua laluan pendakian dan aktiviti rekreasi di dalam hutan simpan kekal negeri Selangor adalah tidak dibenarkan dan ditutup kepada pengunjung mulai 1 November 2022 hingga 31 Januari 2023.

“Penutupan ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian atau kemalangan yang tidak diingini berikutan musim tengkujuh,” menurut notis Pengarah Perhutanan Selangor.

Selangor mempunyai kira-kira 72 hutan simpan dan 10 eko-hutan yang popular dalam kalangan pendaki, membabitkan:

  • Air Terjun Gabai;
  • Sungai Chongkak;
  • Sungai Tua;
  • Taman Rimba Templer;
  • Gunung Nuang;
  • Sungai Sendat;
  • Taman Rimba Ampang;
  • Kanching;
  • Sungai Tekala; dan
  • Taman Rimba Komanwel.

Untuk rekod, berdasarkan ramalan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, Monsun Timur Laut lazimnya akan bermula pada November dan berakhir pada Mac.

Ketika tempoh ini, negara akan menerima tiupan angin yang konsisten dari arah timur laut di antara 10 hingga 20 kilometer sejam dengan beberapa siri hujan lebat yang menyeluruh juga dijangka berlaku, terutama di negeri Pantai Timur Semenanjung dan barat Sarawak.

Biasanya pada musim tengkujuh, ribut petir, angin kencang dan hujan lebat, dijangka berlaku sehingga boleh menyebabkan banjir.

Ketika ini pun Jabatan Meteorologi Malaysia sentiasa mengeluarkan amaran berhubung keadaan cuaca di seluruh Malaysia, sementara Jabatan Pengairan dan Saliran, mengeluarkan amaran berkaitan paras air sungai yang kadang kala melebihi tahap bahaya.

Pada 10 Oktober lalu, Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen ke-14, bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 diadakan walaupun negara bakal memasuki musim tengkujuh.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara
4 jam lalu· Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
11 jam lalu· Politik
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
11 jam lalu· Politik
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
14 jam lalu· Politik
Popular
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
November 29, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
November 29, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
14 jam lalu · Isu semasa
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
15 jam lalu · Isu semasa
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
15 jam lalu · Isu semasa
Ismail Sabri nafi perbelanjaan 2020-2022 tak direkod dalam akaun
22 jam lalu · Isu semasa
2,465 kes baharu Covid-19 semalam, lima kematian
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok