Menjelang Aidiladha kes melonjak

July 8, 2022 · Isu semasa

Malaysia mengalami lonjakan jangkitan Covid-19 sekali lagi dalam seminggu sebelum cuti Hari Raya Korban, Ahad ini, hanya beberapa hari selepas Kementerian Kesihatan (KKM) memberi amaran tentang dua sub-varian Omicron BA.4 dan BA.5 yang sangat mudah menular.

Data terkini KKM menunjukkan, semalam (7 Julai 2022) jangkitan baharu melonjak kepada 4,020 berbanding 3,561 kes yang dilaporkan pada Rabu, dengan tiga kematian direkodkan.

Selangor dan Kuala Lumpur kembali menjadi penyumbang tertinggi jumlah kes baharu apabila masing-masing merekodkan 1,630 dan 1,049 kes baharu.

Data laman sesawang Github KKM juga menunjukkan, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 2,966 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19.

Ia diikuti dengan 753 kes melibatkan penerima dua dos; 274 kes (individu yang tidak divaksinasi); dan 27 kes (individu belum lengkap divaksinasi).

KKM memaklumkan jangkitan baharu itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,586,322 kes, dengan 4,516,688 pesakit telah sembuh, termasuk 1,718 yang pulih semalam.

Sehingga semalam juga, sebanyak 33,839 kes masih aktif meningkat berbanding 31,540 kes pada Rabu, dengan 32,617 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (30,290 pada Rabu), dan 21 ditempatkan di PKRC (26 pada Rabu).

Jumlah pesakit yang mendapat rawatan di hospital bagaimanapun turun kepada 1,156 berbanding 1,184 pada Rabu, sementara 45 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (40 pada Rabu), dengan 23 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berikut adalah pecahan kes harian semalam serta kumulatif positif sejak 2020 mengikut negeri:

  • Selangor – 1,630 (1,396,426);
  • Johor – 80 (386,521);
  • Kuala Lumpur – 1,049 (377,424);
  • Sabah – 205 (376,032);
  • Sarawak – 57 (308,227);
  • Kedah – 60 (302,048);
  • Pulau Pinang – 128 (286,159);
  • Kelantan – 21 (248,515);
  • Negeri Sembilan – 197 (208,767);
  • Perak – 295 (208,517);
  • Pahang – 62 (172,746);
  • Terengganu – 20 (126,770);
  • Melaka – 107 (126,598);
  • Putrajaya – 90 (22,371);
  • Labuan – 12 (21,553); dan
  • Perlis – 7 (17,648).

Sementara itu, daripada tiga pesakit yang meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, dua daripadanya melibatkan kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sejak Mac 2020 meningkat kepada 35,795 kes, termasuk 7,591 kes BID.

Kes kematian itu dilaporkan masing-masing satu kes di Johor, Perak dan Selangor.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
India sahkan kematian pertama jangkitan cacar monyet
August 2, 2022· Dunia
Popular
Bersatu gesa kerajaan tubuh RCI siasat skandal kapal tak siap
August 8, 2022
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
August 8, 2022
Rafizi dakwa ada surat bocor kaitkan Najib berhubung kontrak LCS
August 8, 2022
PDRM umum pertukaran 20 pegawai kanan
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pengarah urusan syarikat tipu pakeh umrah dipenjara 10 tahun
8 jam lalu · Isu semasa
Subsidi bersasar dilaksana apabila keadaan ekonomi mengizinkan: Zafrul
8 jam lalu · Isu semasa
Polis tahan Lelaki letak vape dalam mulut bayi
8 jam lalu · Isu semasa
PDRM umum pertukaran 20 pegawai kanan
8 jam lalu · Isu semasa
Akaun Telegram Menteri Luar digodam
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
23 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok