Mengurus tekanan penjaga, keluarga pesakit diabetes

June 21, 2022 · Isu semasa

Manual Pendidikan Diabetes 2020 yang diterbitkan Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia menyatakan, tujuh juta orang dewasa Malaysia berkemungkinan menghidap diabetes menjelang 2025.

Satu trend yang membimbangkan dan bakal menyaksikan sebanyak 31.3 peratus pesakit diabetes dewasa yang berumur dari 18 tahun ke atas.

Jumlah ini juga pada masa yang sama akan membabitkan peningkatan bilangan penjaga pesakit diabetes, yang secara amnya terdiri dari ahli keluarga terdekat.

Pakar kesihatan diabetes, Dr Tan Ming Yeong yang juga seorang pendidik diabetes bertauliah menjelaskan, diabetes mellitus adalah suatu kondisi seumur hidup.

Katanya, hidup dengan diabetes dan pengurusan hariannya membabitkan pelbagai cabaran fizikal dan psikologi yang boleh menjejaskan banyak aspek kehidupan penghidap diabetes, keluarga serta penjaga mereka.

Mengulas lanjut, Dr Tan berkata, tuntutan penjagaan cukup memenatkan dan membebankan.

“Kesejahteraan penjaga adalah penting kerana penghidap diabetes yang bergantung sepenuhnya kepada mereka untuk rawatan dan sokongan,” jelasnya.

Tambah beliau, membantu penjaga dalam menguruskan tekanan, mengembalikan keseimbangan, kegembiraan dan harapan mereka dalam kehidupan pasti memberikan kesan kepada kualiti hidup penghidap diabetes dan hasil klinikal.

Perkara terbaik yang boleh dilakukan oleh penjaga untuk pesakit yang dijaga mereka adalah dengan memastikan kesejahteraan fizikal dan psikologi mereka sendiri

“Menjadi pesakit kencing manis dan pengurusan penyakit itu adalah mencabar kerana ia membabitkan pelbagai cabaran fizikal serta psikologi.

“Ia boleh menjejaskan kualiti kehidupan pesakit, keluarga dan penjaga mereka. Permintaan penjagaan meningkat jika pesakit kencing manis bergantung sebahagian atau sepenuhnya kepada penjaga mereka.

“Ia terutama pesakit muda, berusia dan mempunyai komplikasi kencing manis,” katanya.

Menurut beliau, tuntutan permintaan ini menyebabkan penjaga terdedah kepada tekanan fizikal dan emosi yang boleh menjejaskan kesihatan serta kualiti hidup mereka.

Jelasnya, berdasarkan pengalaman dikongsikan ramai penjaga, mereka menyatakan ia adalah perkara biasa berhadapan dengan tekanan emosi, keletihan fizikal dan masalah kesihatan.

“Ini kerana mereka kekurangan masa dan tenaga untuk penjagaan diri seperti melakukan aktiviti fizikal, senaman serta tabiat pemakanan tidak sihat.

“Sebenarnya, penjaga pesakit kencing manis dalam kalangan ahli keluarga turut berisiko tinggi menghidap kencing manis dan darah tinggi,” katanya.

Beliau berkata, kesejahteraan kesihatan penjaga adalah penting kerana pesakit bergantung sepenuhnya dengan mereka untuk rawatan dan sokongan moral.

“Membantu penjaga dalam menguruskan tekanan, mengembalikan kegembiraan dan harapan mereka dalam kehidupan pasti memberikan kesan positif kepada kualiti hidup pesakit.

“Perkara terbaik boleh dilakukan penjaga untuk pesakit adalah dengan memastikan kesejahteraan fizikal dan psikologi mereka sendiri,” katanya.

Berita berkaitan
Jadi ibu bapa yang bijak, persiap diri anak-anak
March 23, 2022· Isu semasa
Bahaya makan manis berlebihan
January 22, 2022· Isu semasa
Tular menu RMT dengan nasi dan kuah, KPM ambil tindakan: Radzi
January 20, 2022· Isu semasa
Gula Baik, Gula Jahat
November 26, 2021· Isu semasa
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
5 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
5 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
6 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
6 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok