Mengikuti kejatuhan ringgit, Bursa Malaysia juga ditutup rendah

September 14, 2022 · Isu semasa

Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut, diheret ke bawah oleh jualan berterusan di seluruh papan seiring dengan jualan besar-besaran yang disaksikan dalam bursa serantau selepas kejatuhan semalaman di Wall Street.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 19.40 mata atau 1.30 peratus untuk ditutup pada paras terendah 1,468.44 berbanding 1,487.84 yang dicatatkan semalam.

Indeks penanda aras, yang dibuka 12.60 mata lebih lemah pada 1,475.24, mencecah paras tertinggi pada 1,480.55 semasa dagangan awal.

Kelebaran pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu sebanyak 595 berbanding 256, manakala 387 kaunter tidak berubah, 1,113 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah lebih rendah pada 2.63 bilion unit bernilai RM1.63 bilion daripada 2.64 bilion unit bernilai RM1.74 bilion.

Menurut Ketua Penyelidikan dan Penasihat Kekayaan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan, pasaran saham Malaysia dilihat tidak bermaya selepas penjualan besar-besaran di Wall Street semalaman.

“Ketidaktentuan meningkat disebabkan laporan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang tidak dijangka tinggi malam tadi. Ketidakpastian dalam pasaran ekuiti, bon dan mata wang serantau diramalkan kembali semula selepas menyaksikan keadaan yang agak tenang dalam beberapa sesi terakhir. Kejatuhan (di pasaran serantau) telah dipengaruhi oleh jualan besar-besaran di pasaran AS,” katanya menurut Bernama.

Mohd Sedek berpendapat Rizab Persekutuan AS akan menaikkan kadar faedah sebanyak 75 bps pada minggu depan, justeru, beliau menjangkakan pasaran akan terus berombak sepanjang minggu ini dengan semua sentimen memberi catatan negatif.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata bacaan Indeks Harga Pengguna (IHP) menunjukkan Rizab Persekutuan AS berkemungkinan akan terus meningkatkan kadar faedah secara mendadak pada tahun ini bagi memerangi inflasi, senario yang sudah tentu menjejaskan pasaran saham.

Prospek jangka pendek pasaran tempatan akan kekal berhati-hati. “Walaupun penilaian kekal rendah, kami tidak menjangkakan FBM KLCI akan menyaksikan sebarang pergerakan utama, oleh itu, kami menjangkakan ia bergerak dalam jajaran 1,460 hingga 1,480 mata menjelang hujung minggu ini,” katanya.

Sementara itu, saham-saham wajaran tinggi seperti Maybank turun tujuh sen kepada RM8.85, Public Bank susut lapan sen kepada RM4.44, Petronas Chemicals merosot satu sen kepada RM8.70 dan CIMB menyusut enam sen kepada RM5.39, manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM6.20.

Dalam kaunter aktif, Metronic Global dan Aimflex, masing-masing hilang setengah sen kepada dua sen dan 15 sen, Velesto Energy mencatatkan kerugian satu sen kepada 10.5 sen dan Top Glove turun dua sen kepada 78.5 sen, manakala SNS Network menokok satu sen kepada 30 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 123.06 mata kepada 10,475.20, Indeks FBMT 100 jatuh 123.22 mata kepada 10,217.00, Indeks FBM Emas Shariah melemah 127.69 mata kepada 10,592.79, FBM 70 hilang 106.26 mata kepada 12,708.17 dan FBM ACE adalah lebih rendah sebanyak 55.82 mata kepada 4,844.90.

Secara sektoral, Indeks Tenaga susut 8.73 mata kepada 718.94, Indeks Perladangan turun 53.86 mata kepada 6,945.04, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian rugi 1.70 mata kepada 181.75 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan hilang 182.94 mata kepada 16,484.05.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.70 bilion saham bernilai RM1.30 bilion berbanding 1.69 bilion saham bernilai RM1.40 bilion yang direkodkan semalam.

Jumlah waran mengembang kepada 298.73 juta unit bernilai RM47.18 juta daripada 250.05 juta unit bernilai RM38.34 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 632.45 juta saham bernilai RM288.92 juta daripada 697.23 juta saham bernilai RM296.15 juta.

Kaunter perkhidmatan dan produk pengguna menyumbang 176.80 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, perkhidmatan dan produk perindustrian (650.43 juta), pembinaan (24.64 juta), teknologi (121.87 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (50.33 juta), hartanah (131.81 juta), perladangan (26.26 juta), REIT (4.97 juta), dana tertutup (10,000), tenaga (345.32 juta), penjagaan kesihatan (97.30 juta), telekomunikasi dan media (18.60 juta), pengangkutan dan logistik (39.53 juta) serta utiliti (11.50 juta).

Berita berkaitan
Bursa ditutup rendah lagi, susut bawah paras 1,400
9 jam lalu· Isu semasa
Bursa Malaysia dibuka rendah didorang kegiatan mengambil untung
September 21, 2022· Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pelabur masih dalam kebimbangan
September 19, 2022· Isu semasa
Malaysia dijangka tidak alami kemelesetan, kata Pengerusi Bursa
September 14, 2022· Isu semasa
Popular
Pendakwaan mohon hukuman penjara ditambah 3 bulan terhadap Lokman
September 29, 2022
Tuan Ibrahim sokong cadangan Speaker tetapkan tarikh PRU secara automatik
September 29, 2022
Buat PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 itu satu ‘penipuan’, kata penganalisis
September 29, 2022
KPM ambil langkah tangani nasib guru besar, rundingan capai persetujuan: Radzi
September 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
AS$600 juta masuk dalam akaun Najib boleh jejas nilai ringgit, kata saksi kes 1MDB
9 jam lalu · Isu semasa
Buat PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 itu satu ‘penipuan’, kata penganalisis
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.7O berbanding dolar
9 jam lalu · Isu semasa
KPM ambil langkah tangani nasib guru besar, rundingan capai persetujuan: Radzi
9 jam lalu · Isu semasa
Tuan Ibrahim sokong cadangan Speaker tetapkan tarikh PRU secara automatik
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Guru besar kekal sebagai pentadbir sekolah, kata Radzi
5 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan masih kaji kanabis sebagai rawatan penagih, bukan hukuman
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok