Menghendap secara maya berulang kali jadi kes jenayah: Mas Ermieyati

August 16, 2022 · Isu semasa

Bukan sahaja menghendap secara fizikal, malah perbuatan menghendap secara maya berulang kali juga adalah satu jenayah menurut Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022, Akta Kanun Keseksaan (Akta 574).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata walaupun perbuatan menghendap secara maya tidak melibatkan sentuhan atau mendatangkan kecederaan, tetapi ia boleh mengganggu mental dan emosi mangsa.

“Sebagai contoh, berlaku insiden A telah berpisah dengan B, namun B sering mengganggu A dengan pelbagai mesej dan sebagainya.

“Apabila A tukar nombor telefon, B masih lagi menghubungi A di media sosial dengan mengubah pelbagai nama samaran sehinggga ada sampai 10 ke 20 akaun (media sosial) hanya untuk memastikan hidup A tidak tenteram.

“Apabila (mangsa) pergi ke balai polis untuk membuat laporan, polis tidak boleh ambil tindakan… sebab tidak mendatangkan kecederaan kepada mangsa. Sebab itu (ada) mangsa yang sampai berhenti kerja dan sanggup keluar negara kerana khuatir diekori lagi,” katanya menurut Bernama.

Justeru Mas Ermieyati berkata adalah penting dan tepat pada masanya untuk meluluskan rang undang-undang ‘anti menghendap’ itu untuk melindungi mangsa secara menyeluruh dan bukan hanya daripada yang mendatangkan kecederaan semata-mata.

“… kalau tidak ada satu undang-undang yang benar-benar melindungi mangsa, saya khuatir akan (berlaku) lebih banyak (kes menghendap) sehingga mendatangkan kecederaan (pada masa akan datang),” katanya.

Sementara itu Mas Ermieyati berkata beliau juga optimis rang undang-undang yang dijangka akan dibacakan kali kedua dan ketiga pada Mesyuarat Ketiga mulai Oktober depan itu, akan diluluskan di Parlimen pada hujung tahun ini.

Pada 4 Ogos lepas, pindaan Akta 574 bagi memasukkan perbuatan menghendap sebagai satu jenayah telah dibentang di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama.

Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 itu bertujuan memasukkan seksyen baharu 507a ke dalam Akta 574 untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan menghendap.

Menurut rang undang-undang itu, sesiapa yang berulang kali dengan apa-apa tindakan gangguan, berniat untuk menyebabkan, atau mengetahui atau sepatutnya mengetahui bahawa perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan, merisaukan, menakutkan atau mencemaskan akan keselamatan orang itu, melakukan kesalahan menghendap.

Rang undang-undang itu juga menyatakan sesiapa yang melakukan kesalahan menghendap hendaklah dihukum penjara sehingga tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Berita berkaitan
Pindaan akta jadikan menghendap sebagai jenayah dibentang di Dewan Rakyat
August 4, 2022· Isu semasa
Rakan wanita disyaki terlibat dalam kes bunuh suami ditahan
July 16, 2022· Isu semasa
Kerugian berkaitan jenayah komersial cecah RM5.2 bilion: Acryl Sani
June 25, 2022· Isu semasa
Ganja rekreasi tidak lagi jadi kesalahan jenayah di Thailand
June 9, 2022· Dunia
Popular
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Kertas siasatan Hakim Mohd Nazlan selesai: SPRM
September 30, 2022
Firdaus Wong lihat tangkap layar mesej lucah didakwa dihantar Ebit Lew
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,007 kes semalam, 5 kematian
3 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
3 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
5 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
17 jam lalu · Isu semasa
Terbitan MGII Lestari kerajaan RM4.5b terlebih langganan 2.38 kali
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
13 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok