Menara masjid 169 tahun dipanah petir

June 20, 2022 · Isu semasa

Beberapa jemaah di Masjid Jamek Datuk Andak Kampung Serkam Pantai di Jasin, terselamat daripada terkena serpihan batu konkrit puncak menara, yang terjatuh di ruang solat utama masjid berusia 169 tahun itu akibat dipanah petir awal pagi ini.

Timbalan pengerusi masjid berkenaan, Zakaria Abu Bakar berkata kejadian pada kira-kira pukul 6.45 pagi itu berlaku semasa beliau bersama imam dan beberapa jemaah sedang meneruskan aktiviti mengaji dan berwirid selepas lebih 30 jemaah lain beredar dari ruangan berkenaan sesudah menunaikan solat Subuh.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini beliau berkata pada mulanya mereka terdengar dentuman guruh kuat serta sedikit gegaran yang disusuli dengan bekalan elektrik terputus, dan kemudian barulah tempias air hujan mulai terasa selepas puncak menara itu disambar petir.

Bagaimanapun katanya beliau amat bersyukur kerana tiada kecederaan yang menimpa mana-mana jemaah dalam kejadian itu.

Sementara itu salah seorang penduduk, Mohd Sufian Hashim, 43, berkata selepas solat Subuh beliau berada di rumahnya dan secara kebetulan menyaksikan kejadian itu menerusi tingkap rumahnya yang berhampiran dengan masjid.

“Saya terdengar dentuman yang sangat kuat dan kali kedua saya dari jauh ternampak petir memanah puncak menara masjid menyebabkan percikan api dan mengeluarkan kepulan asap,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
NGO serah bukti skandal seks Exco Melaka, gesa siasatan segera
May 10, 2023· Politik
NGO minta orang ramai bantu cari wanita dalam skandal seks, buat tawaran
May 5, 2023· Isu semasa
Skandal seks, bekas KB UMNO Tangga Batu desak Rais lapor polis
April 29, 2023· Politik
Belum ada laporan berhubung skandal seks libatkan Exco, kata Polis Melaka
April 28, 2023· Politik
Popular
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
Kes bunuh dan bakar wanita, reman seorang lelaki disambung 5 hari
May 29, 2023
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
60 minit lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
4 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
4 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
53 minit lalu
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok