Memorandum tuntut masuh AUKU diserah kepada kerajaan campuran

March 8, 2023 · Isu semasa

Gerakan Mahasiswa hari ini menyerahkan memorandum kepada Ahli Parlimen blok kerajaan bagi menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, bagi memperkasakan peranan golongan mahasiswa.

Memorandum itu diserahkan Timbalan Setiausaha Agung Kesatuan Mahasiswa Univerisiti Malaya V. Dhurgesswaran kepada Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui, di bangunan Parlimen hari ini, menurut laporan Bernama.

“Sudah sampai waktunya untuk kita perkenalkan akta baharu, menggantikan AUKU sebagai asas dan kerangka kepada aktivisme mahasiswa yang lebih progresif, adil, seimbang dan lestari selari dengan transformasi di negara kita,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin dalam persidangan Parlimen baru-baru ini berkata Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), tidak berhasrat memansuhkan AUKU namun terbuka untuk sebarang pindaan terhadap akta itu.

Sesi penyerahan memorandum itu dihadiri Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii Lee Wuen, Ahli Parlimen Gopeng Tan Kar Hing, Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman, Ahli Parlimen Miri
Chiew Choon Man dan Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari.

Dalam pada itu, Yii berkata pihaknya telah berhubung dengan pihak KPT dan akan membawa tuntutan mahasiswa hari ini, untuk mencari satu titik persamaan bagi memperkasakan golongan ini.

Memorandum itu melibatkan wakil mahasiswa dari 12 IPT tempatan antaranya Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (IIUM Student Union), Suara Siswa Universiti Malaya, Suara Siswa Universiti Utara Malaysia, Demokrat UniSZA dan Universiti Tunku Abdul Rahman Student Representative Council (UTAR SRC).

Berita berkaitan
AUKU masih relevan dan sangat penting, kata Menteri UMNO
March 9, 2023· Isu semasa
Mahasiswa bimbang jadi tunggangan parti politik
March 5, 2023· Isu semasa
Kerajaan tiada cadangan mansuh AUKU, kata Menteri UMNO
March 2, 2023· Isu semasa
Kumpulan mahasiswa UM desak mansuh AUKU, gesa PH tunai janji
February 27, 2023· Isu semasa
Popular
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Radzi beri petua kepada timbalan menteri DAP jawab soalan Parlimen
59 minit lalu · Isu semasa
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
11 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
11 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
12 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri, timbalan menteri cuai, jangan salahkan pegawai gagal jawab isu RMT
26 minit lalu
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
1 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok