Melengah rayuan mahkamah kesan buruk kepada UMNO, BN: Peguam

September 2, 2022 · Isu semasa

Kebergantungan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kepada kelompok Kluster Mahkamah akan memberi implikasi buruk kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15, kata seorang peguam hari ini (2 September).

Peguam bela dan peguam cara Abd Fahmi Moin berkata bagaimanapun, keadaan mungkin berbeza sekiranya pemimpin yang dilabel kelompok Kluster Mahkamah itu berundur terlebih dahulu sehingga kes mereka selesai.

“Bagaimanapun, mereka (UMNO dan BN) masih bergantung kepada pemimpin-pemimpin (kelompok dilabel kluster mahkamah) ini dan implikasinya adalah sangat buruk menjelang PRU akan datang.

“Keadaan mungkin berbeza jika sebelum ini parti itu menerima kenyataan bahawa terdapat kluster mahkamah dan berundur bagi memberi laluan kepada pemimpin baharu menerajui parti, sehingga dibuktikan tidak bersalah,” katanya memetik laporan BH hari ini.

Abd Fahmi yang juga bekas Timbalan Pendakwa Raya berkata demikian ketika mengulas proses rayuan yang perlu dibuat oleh tertuduh setelah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman.

Beliau juga secara khusus merujuk kepada rayuan melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurut Abd Fahmi, proses rayuan yang terlalu lama akan memberi impak menjelang PRU-15 kerana rakyat akan melihat seolah-olah mereka cuba melengah-lengahkan proses mahkamah.

“Sebelum ini rayuan Najib mengambil masa yang lama kerana permohonan penangguhan atas pelbagai alasan dibuat oleh peguam bela.

“Jika keadaan sama berlaku untuk kes Rosmah, maka ia akan memberi tekanan lebih berat kepada UMNO dan BN, kerana rakyat akan melihat dan menilai seolah-olah beliau melengah-lengahkan proses mahkamah.

“Walaupun Rosmah bukanlah seorang pemimpin UMNO, namun kes ini akan memberikan implikasi negatif kepada usaha UMNO dan BN untuk memenangi PRU-15,” katanya.

Untuk rekod, Rosmah mempunyai tempoh 14 hari bermula hari ini untuk memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam, berhubung kes rasuah membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion.

Bekas Wanita Pertama Malaysia itu disabit dan dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta selepas didapati bersalah atas tiga tuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Terdahulu, pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta dikenakan Hakmaha Tinggi pada Julai 2020, setelah mendapati Najib bersalah atas tuduhan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Najib kini sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Berita berkaitan
Ku Li bidas keputusan UMNO mahu PRU-15 semasa banjir ikut nafsu semata-mata
1 jam lalu· Politik
PAS aktifkan jentera pilihan raya selepas UMNO desak PM bubar Parlimen
2 jam lalu· Politik
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
2 jam lalu· Politik
PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 bakal jadi kenyataan, PM setuju arahan Presiden?
4 jam lalu· Politik
Popular
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Kertas siasatan Hakim Mohd Nazlan selesai: SPRM
September 30, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,007 kes semalam, 5 kematian
1 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
2 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
4 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
15 jam lalu · Isu semasa
Terbitan MGII Lestari kerajaan RM4.5b terlebih langganan 2.38 kali
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
12 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok