Melancong tapi menyamun, enam termasuk tiga wanita ditahan

January 10, 2022 · Isu semasa

‘Melancong sambil mencuri’ merupakan taktik enam individu termasuk tiga wanita yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam tujuh kejadian pecah kereta di kawasan pekan Tanah Rata, Cameron Highlands, sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka yang berusia 19 hingga 38 tahun itu dan antaranya mempunyai pertalian darah, ditahan dalam serbuan di sebuah lokasi di Brinchang kira-kira pukul 11.40 malam Sabtu lepas, lapor Bernama.

“Kami menerima maklumat berkenaan kes pecah cermin kereta bahagian penumpang belakang kenderaan jenis Toyota Vellfire dan sebuah beg galas berisi wang tunai sebanyak RM260,000 telah dicuri, dan mendapati ia merupakan salah satu daripada tujuh kes tersebut.

“Hasil serbuan yang dijalankan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands, telah berjaya membawa kepada penangkapan enam suspek dalam tempoh kurang dari satu jam kes itu,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata polis merampas beg hitam berisi wang tunai berkenaan, beg mengandungi peralatan pecah cermin serta anak kunci gari, empat paket plastik berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dan sepaket plastik berisi ketulan dimampatkan daun kering disyaki dadah jenis ganja.

Ramli berkata turut dirampas dalam serbuan itu termasuk pelbagai jenis barangan kemas, 10 buah telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM3,843.

Beliau berkata hasil siasatan lanjut mendapati terdapat dua lagi rakan jenayah suspek yang masih bebas yang dikenali sebagai Muhammad Zaidi Zainal yang mempunyai 26 rekod jenayah lampau dan seorang lagi yang dikenali dengan nama panggilan Faiz.

“Mereka yang datang dari Sungai Petani, Kedah turut membawa anak kecil berumur lapan bulan sehingga 19 tahun, menginap di sebuah pusat penginapan terkemuka di sini sejak Khamis lepas,” katanya.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu mencuri, Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 39A (2) serta Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.

Katanya kesemua tangkapan direman selama empat hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan lanjut.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Yusri Ketua Polis Perak baharu
August 25, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Reka bentuk baharu jalan Bukit Kayu Hitam ke Sadao siap November
August 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok