Melaka beri amaran patuhi SOP atau tutup bazar Ramadan

April 14, 2021 · Isu semasa

Kerajaan Melaka sedang mempertimbangkan untuk membatalkan bazar Ramadan selepas ada pihak penganjur yang gagal memastikan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dipatuhi.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, kerajaan negeri menerima aduan suasana bersesak-sesak di bazar Ramadan sehingga mencetuskan kebimbangan ramai mengenai penularan Covid-19.

Katanya, aduan itu akan dibawa ke dalam mesyuarat bersama Jawatankuasa Covid-19 dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tindakan lanjut bagi menentukan pembatalan penganjuran bazar Ramadan di negeri ini.

“Pengunjung bersesak-sesak di bazar sehingga boleh berlanggar bahu. Tiada penjarakan sosial seperti yang telah diarahkan,” katanya.

Beliau memberi amaran jika orang ramai masih enggan mematuhi SOP ketika membeli makanan, kerajaan negeri akan menilai semula untuk membatalkan bazar Ramadan.

Sulaiman berkata, kerajaan menyedari masalah dihadapi peniaha yang terkezan akibat pandemik Covid-19 dan bersetuju membenarkan pembukaan bazar Ramadan.

“Tetapi rakyat perlu memainkan peranan untuk memastikan penularan Covid-19 dapat dikawal. Di Kelantan, bazar Ramadan tidak dibenarkan. Di Melaka, saya benarkan sebab saya sayangkan rakyat terutama golongan peniaga.

“Kita nak bantu mereka. Dalam mesyuarat nanti kita akan perhalusi, mungkin kita akan tukarkan pihak penganjur dengan mereka yang dapat menguruskan bazar lebih baik, tidak kiralah menambah jumlah pekerja atau anggota Rela untuk memastikan pematuhan SOP,” katanya.

Semalam, tular video keadaan bazar Ramadan di Taman Rambai Jaya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dipenuhi pengunjung tanpa mematuhi SOP.

Berita berkaitan
Masih ramai mangsa banjir ditempatkan di PPS tiga negeri
March 11, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Johor meningkat sedikit, Pahang sedikit menurun
March 8, 2023· Isu semasa
Jumlah mangsa banjir di PPS turun sedikit petang ini
March 7, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di PPS turun sedikit setakat pagi ini
March 6, 2023· Isu semasa
Popular
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Terpegun lihat Zuhrah, bulan ‘bersatu’
March 25, 2023
Tak patut lantik Asyraf Wajdi jadi pengerusi MARA: Pakar ekonomi
March 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
‘Jawab segera surat tawaran haji’
14 minit lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
30 minit lalu · Isu semasa
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
1 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
16 jam lalu · Isu semasa
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok