Mekanisme subsidi bersasar petrol akan diuji, kata Menteri Kewangan

July 7, 2022 · Isu semasa

Kerajaan dalam tempoh mengkaji keberkesanan mekanisme subsidi bersasar bahan api sebelum pelaksanaan menyeluruh kepada rakyat, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menurutnya kajian keberkesanan berkenaan penting bagi memastikan kelancaran subsidi bersasar itu kelak.

Beliau berkata, bagaimanapun masih tiada tarikh tepat untuk pelaksanaan subsidi bersasar itu dilaksanakan.

“Saya hari ini akan meninjau di beberapa stesen minyak mengenai pelaksaan subsidi bersasar bahan api ini.

“Hasil daripada kajian ini akan dibentangkan kepada Kabinet untuk sebarang keputusan akhir sama ada adakah kita yakin dan selesa dengan platform ini,” katanya.

Pada masa sama, memetik Bernama, Tengku Zafrul berkata kerajaan kekal komited untuk mengutamakan program dan projek pembangunan yang memberi tumpuan kepada alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) seperti yang digariskan dalam penyata pra-bajet 2023.

Beliau berkata keutamaan yang fokus ESG ini juga merupakan pendorong utama bagi Malaysia untuk beralih daripada fasa pemulihan semasa kepada pembaharuan jangka panjang seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

“Justeru, Bajet 2023 akan memberikan tumpuan yang lebih kepada pembangunan dan kesejahteraan holistik, dibantu oleh peluang pendapatan yang lebih baik untuk semua,” katanya dalam ucap tama pada pelancaran Pelan Tindakan dan Laporan Kelestarian 2021 Edotco di ibu negara, hari ini.

Tengku Zafrul berkata kerajaan akan meningkatkan pelaksanaan pelbagai strategi dan langkah kemampanan di bawah Bajet 2022 yang akan menyokong aspirasi berasaskan ESG jangka panjang Malaysia.

Beliau menekankan bahawa transformasi berkekalan hanya boleh dicapai apabila seluruh negara – termasuk sektor awam dan swasta – bersatu di belakang visi kemampanan yang sama.

“Kita tidak lagi mampu mengabaikan isu-isu struktur utama yang diburukkan lagi oleh pandemik, dan banyak bencana negara berkaitan perubahan iklim yang telah melanda negara dan menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda yang tidak perlu, tahun demi tahun,” tambah beliau.

Mengenai kaitan antara kemampanan dan teknologi, Tengku Zafrul menyatakan bahawa sektor teknologi maklumat dan komunikasi bertanggungjawab untuk kira-kira tiga peratus hingga empat peratus daripada pelepasan karbon global.

Sementara itu, beliau berkata Malaysia telah mempercepatkan agenda ketersambungannya, antaranya memastikan liputan 5G di 80 peratus kawasan berpenduduk menjelang akhir 2024.

“Walau bagaimanapun, seperti jiran serantau kita, kita juga mesti sedar akan kesan alam sekitar yang lebih buruk daripada pembangunan digital yang tidak dikawal.

“Inovasi mesti terus berkembang untuk semua orang meraih faedahnya. Oleh itu, kita mesti melihat bagaimana kita boleh bekerjasama untuk merealisasikan manfaat bersama, tanpa memberi kesan buruk kepada alam sekitar,” tambahnya.

Berita berkaitan
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
Walaupun ringgit jatuh, Anwar kata ekonomi negara masih berdaya saing
November 2, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok