Mekanik bunuh isteri sehari sebelum raya didakwa

May 9, 2022 · Isu semasa

Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah di Cheras sehari sebelum Aidilfitri.

Mohd Syawalludin Ismail, 38, didakwa membunuh Siti Nadirah Mohd Nazul, 28, di sebuah rumah di Taman Koperasi Maju Jaya, Jalan Maju Jaya 5, Cheras antara 12 tengah malam hingga 3.30 pagi, 1 Mei lepas.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mohd Syawalludin mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md Sain dan tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 14 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Husna Amran manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 6 Mei lepas, media melaporkan seorang wanita maut akibat dipukul suaminya dipercayai kerana memuat naik di media sosial bahawa lelaki itu mempunyai hubungan sulit, dalam kejadian di sebuah rumah flat.

Berita berkaitan
Kalimah Allah: Titah Sultan Selangor bermakna kerajaan belum rujuk Majlis Raja-Raja
June 8, 2023· Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
June 8, 2023· Isu semasa
1MDB dapat kebenaran teruskan saman terhadap rakan sekutu Jho Low
June 7, 2023· Politik
PMX diminta bawa bincang isu kalimah Allah ke MKI terlebih dahulu, titah Sultan Selangor
June 7, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
4 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
23 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
24 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok