Media penting bantu PDRM dalam penyebaran maklumat: Ayob Khan

April 24, 2021 · Isu semasa

Pengamal media memainkan peranan penting dalam membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyebarkan maklumat dan informasi tepat serta sahih kepada masyarakat, kata Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Ketua Polis Johor itu berkata usaha membanteras jenayah dan menjaga keselamatan awam hanya akan lebih berkesan sekiranya pihak media bergandingan tangan bersama PDRM, malah liputan-liputan yang diberikan media juga banyak membantu menaikkan imej pasukan polis pada kaca mata masyarakat.

“Dengan adanya kerjasama ini, saya yakin kita dapat memantapkan lagi sebarang penyaluran maklumat kepada masyarakat. Malah, sumbangan media di Johor amat besar, terutamanya dari segi laporan berhubung kejayaan-kejayaan polis di Johor.

“Inisiatif ini juga berupaya meningkatkan semula imej PDRM dalam kalangan masyarakat,” katanya lapor Bernama.

Beliau menyertai Program Singgah Sahur Kelab Media Johor (KMJ) bersama Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Pada majlis itu, Ayob Khan sempat menunjukkan kemahiran menebar beberapa keping roti canai untuk dihidangkan kepada para tetamu yang menyertai program singgah sahur itu.

Berita berkaitan
Kerugian berkaitan jenayah komersial cecah RM5.2 bilion: Acryl Sani
June 25, 2022· Isu semasa
Beriadah boleh,  tetapi biarlah selamat
June 25, 2022· Isu semasa
Kanak-kanak tertelan dadah semakin stabil, sudah bernafas: PDRM
June 22, 2022· Isu semasa
Seorang lelaki ditahan selepas cederakan EXCO DAP di Pulau Pinang
June 19, 2022· Isu semasa
Popular
Lokman dituduh hina mahkamah ketika prosiding kes Zahid berjalan
June 30, 2022
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Zahid diingat jaga sikap, mahkamah bukan kedai kopi, MT UMNO
June 30, 2022
Mas Ermieyati kaji tindakan terhadap tuduhan Zahid, nafi guna dana parti
June 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lesen pengilang enggan beli sawit, jejas minyak masak digantung
6 jam lalu · Isu semasa
JPA kaji waktu kerja 4 hari seminggu
6 jam lalu · Isu semasa
SRC: 29 Julai pengurusan kes Najib jawab afidavid pendakwaaan
6 jam lalu · Isu semasa
APMM aktifkan operasi cari bot bawa 13 pemancing, kru
6 jam lalu · Isu semasa
Agihan pendapatan ASB 3 Didik 4.25 sen
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
7 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok