MEASAT-3D tambah baik capaian Internet ke langit Malaysia Khamis

June 21, 2022 · Isu semasa

Satelit MEASAT-3d yang akan dilancar Khamis (23 Jun 2022) bakal menambah baik dengan ketara perkhidmatan Internet dan kadar ketersambungan capaian Internet terutamanya di kawasan luar bandar.

Ketua Pegawai Operasi MEASAT Satellite Systems Sdn Bhd (MEASAT) Yau Chyong Lim berkata perkara itu membolehkan pihaknya mewujudkan masyarakat inklusif digital dan menyokong aplikasi jalur lebar berkelajuan tinggi antaranya Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), Internet Kebendaan (IoT) dan teleperubatan.

“Menerusi MEASAT-3d dan perkhidmatan CONNECTme NOW, kami menyasarkan untuk mengisi kelompangan jalur lebar di lokasi-lokasi yang tidak mempunyai liputan mudah alih 4G, 5G atau fiber di Malaysia bagi menyediakan akses Internet kepada populasi yang terpinggir,” katanya menurut Bernama.

Yau berkata MEASAT-3d akan dilancarkan dari European Spaceport di Kourou, French Guiana yang terletak di Amerika Selatan dan kerajaan Malaysia akan diwakili Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Datuk Seri Mohammad Mentek.

Bersempena pelancaran itu, beliau memaklumkan satu majlis istimewa akan dianjurkan di ibu negara bagi membolehkan para jemputan menonton pelancaran itu secara langsung dan ia dijangka dihadiri tetamu kehormat termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Yau berkata pelancaran MEASAT-3d dijayakan dengan sokongan K-KOMM, serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Menurutnya pihak MEASAT menyokong penuh hasrat kerajaan untuk mencapai sasaran akses Internet 100 peratus menjelang 2025 melalui pelan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) dan melalui sasaran Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk mendigitalkan negara.

“Dalam jangka masa panjang, ia menjanjikan untuk meningkatkan kualiti hidup semua rakyat Malaysia, termasuk mereka yang tinggal di kawasan paling terpencil di negara ini,” katanya.

Yau memaklumkan MEASAT-3d akan memastikan pertumbuhan berterusan dan kesinambungan perkhidmatan untuk penyiar terkemuka dunia serta televisyen satelit Direct-to-Home (DTH) kepada lebih 20 juta isi rumah di seluruh Malaysia, Indonesia dan India.

Katanya pemilik satelit berkenaan ialah MEASAT, iaitu syarikat tempatan milik penuh warga Malaysia, namun keupayaan perkhidmatan MEASAT-3d adalah luas, iaitu meliputi kawasan Asia Tenggara, Asia Pasifik, Afrika dan Eropah Selatan.

Yau berkata satelit MEASAT-3d, iaitu satelit baharu dan canggih milik MEASAT setakat ini dianggarkan membelanjakan kos RM1.2 bilion.

“MEASAT-3d akan menyertai MEASAT-3a dan MEASAT-3b di hotslot 91.5°E yang menyediakan peningkatan dan lebihan kapasiti untuk perkhidmatan DTH Astro, serta perkhidmatan penyiaran, telekomunikasi dan Internet jalur lebar. Satelit MEASAT-3d mempunyai jangka hayat 18 tahun,” katanya.

MEASAT-3d menggunakan model satelit ‘Eurostar E3000 geostationary satellite’ yang dibina oleh Airbus Defence and Space. Airbus adalah perintis global dalam industri aeroangkasa dan beroperasi dalam sektor pembuatan pesawat komersial, helikopter, pertahanan dan angkasa lepas).

Yau berkata dengan menggunakan kapasiti ‘High Throughput Satellite’ pada MEASAT-3d, MEASAT berupaya meningkatkan daya pemprosesan kapasiti jalur lebar mereka sebanyak 10 kali ganda kepada 30 gigabit per saat (Gbps), sekali gus membolehkan akses kepada jalur lebar berkelajuan tinggi walaupun di kawasan yang terhad atau tiada ketersambungan di darat.

“Internet kelajuan tinggi akan ditambah baik daripada kelajuan muat turun 30 megabit per saat (Mbps) ketika ini kepada 100 Mbps, membolehkan pengguna menstrim kandungan tinggi data seperti video 4K atau 8K.

“MEASAT-3d akan dapat merapatkan jurang digital di kawasan yang tidak diliputi teknologi mobil 4G atau 5G atau gentian di Malaysia,” katanya.

Menurut Yau MEASAT-3d boleh dimanfaatkan untuk menawarkan perkhidmatan data, suara dan video kepada tiga hingga lima peratus populasi (atau kira-kira dua juta rakyat) yang masih belum mempunyai sambungan gentian atau jalur lebar tanpa wayar.

Berita berkaitan
Ericsson perjelas kontrak 5G diperoleh atas merit
March 4, 2022· Isu semasa
Malaysia mengorak langkah percepat pelaksanaan 5G
December 20, 2021· Isu semasa
RM3.5 bilion Jaringan Prihatin dilancar PM
May 5, 2021· Isu semasa
Popular
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Enjin bot rosak: 10 pemancing, 3 kru selamat
July 2, 2022
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
3 jam lalu · Isu semasa
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
9 jam lalu · Isu semasa
Malaysia bukan di planet lain, isu kos sara hidup berlaku seluruh dunia: PM
10 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak masa peket pulih dalam masa terdekat
10 jam lalu · Isu semasa
Segerakan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri bantu rakyat susah
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok