SKMM ambil keterangan Aliff Syukri isu klip video raya lelaki lembut

April 26, 2022 · Isu semasa

Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman hari ini memberi keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di Ciberjaya, bagi membantu siasatan berhubung satu klip video muzik sempena Aldilfitri.

Dia tiba di perkarangan SKMM pada jam 9.58 pagi dengan berpakaian kot kelabu serta seluar panjang berwarna hitam dengan diiringi dua individu.

“Maaf ya, saya kena masuk ke dalam,” katanya kepada pemberita yang menunggu seawal jam 9 pagi seperti dilapor BH.

Kehadiran individu kontroversi itu bagi memberikan keterangan berhubung klip video muzik sempena Aidilfiti yang dikaitkan dengan unsur bertentangan dengan norma dan budaya tempatan.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung video berkenaan.

Beliau berkata, individu yang dikenal pasti telah diberi notis dan diminta untuk hadir di ibu pejabat MCMC di Cyberjaya hari ini.

Penayangan video berkenaan melalui media sosial mendapat kecaman ramai pihak berikutan ia memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut dengan tarian mencolok mata yang tidak sesuai untuk tontonan ramai lebih-lebih ketika di bulan Ramadan.

Klip video raya berkenaan yang memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut mencetuskan pelbagai reaksi kerana dikatakan kurang sesuai untuk tontontan masyarakat lebih-lebih ketika di bulan Ramadan.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sebelum ini mendesak MCMC menarik atau memadam video muzik hari raya menampilkan usahawan kosmetik terkenal baru-baru ini, yang jelas mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Ketua Pegawai Eksekutif YADIM Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata selain itu, MCMC juga digesa mengambil tindakan sewajarnya di bawah akta suruhanjaya itu, agar tindakan biadab seumpama itu tidak berulang, terutama oleh individu sama, khususnya di dalam bulan Ramadan.

“Sudah sampai masanya tindakan yang lebih tegas diambil pihak bertanggungjawab terutama MCMC, kerana ia melibatkan penyebaran dalam ruang siber, tidak perlu lagi amaran diberikan kepada individu berkenaan, kerana beliau banyak kali terlibat dengan kontroversi seumpama itu.

“MCMC bukan sahaja boleh menarik balik atau mengharamkan video berkenaan, tetapi kepada penyebar dan pembuat video itu juga boleh diambil tindakan.

“Ada batas yang tidak boleh dilanggar terutama di Malaysia dan melibatkan masyarakat Muslim, dan dalam tempoh Ramadan ini,” katanya.

Berita berkaitan
‘Dengan takbir pun takut’
April 22, 2023· Politik
‘Usah panik raya terkejut’
April 16, 2023· Isu semasa
Persatuan lapor polis video muzik Cak Kun Cak Raya Aliff Syukri
April 4, 2023· Isu semasa
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
March 20, 2023· Isu semasa
Popular
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok