MB Kedah tak ‘test drive’ kereta, semua itu fitnah baharu: Setpol

June 6, 2021 · Isu semasa

Setiausaha Politik (Setpol) Menteri Besar Kedah, Afnan Hamimi Taib Azamudden menafikan kononnya Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor melakukan pandu uji kereta di Juru, Pulau Pinang petang semalam.

Sebaliknya beliau berkata, menteri besar yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur atas urusan rasmi hanya singgah untuk melihat-lihat kereta di sebuah bilik pameran setelah berhenti membeli makanan di kedai berhampiran.

“Ada cerita fitnah baru mengenai Menteri Besar (MB). Kononnya MB langgar SOP PKP. Pergi test drive kereta Ford Ranger di Juru Auto City Penang.

“MB on the way ke Kuala Lumpur petang semalam ada hal mustahak. Ada seorang pemandu dan seorang anggota polis pengiring bersama MB. 3 orang semuanya.

“Pergerakan MB keluar daerah atau rentas negeri adalah dibenarkan di dalam SOP PKP kerana termasuk di dalam perkhidmatan perlu (essential service) yang dibenarkan pergerakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Afnan Hamimi berkata, Sanusi singgah di Juru untuk membeli makanan sebagai bekalan ketika dalam perjalanan dan kebetulan kedai itu berhamprian sebuah pusat pameran yang ditutup.

“Ada seorang salesman duduk susun kereta Ford Ranger di luar show room. MB pergi jengok kereta itu. Bukan pergi nak beli. Saja nak pergi tengok. Minat. Kalau pergi hendap-hendap satgi orang tengok pelik pula.

“Walaupun show room tutup, salesman itu bersopan, layan orang yang mai sambil-sambil duduk alih kereta-kereta itu. Dia tahu waktu ini tak boleh berniaga. SOP PKP. Orang berniaga, macam itu la,” katanya.

Sambil menegaskan bahawa kereta Vellfire dinaiki Sanusi adalah milik Syarikat Air Darul Aman (SADA), beliau berkata, Menteri Besar kemudian meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur tanpa melakukan pandu uji.

“Itulah kisahnya. Tolong sampaikan pada akak yang ambil gambar itu. Bagus akak ini. Rajin,” sindirnya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata polis akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan Menteri Besar Kedah memandu uji kereta ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya siasatan dilakukan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
September 29, 2022· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Mangsa banjir di Johor meningkat lagi pada tengahari, Mat Maslan mana?
October 3, 2022
MPN bimbang kejatuhan ringgit, tapi Gabenor kata bukan pengukur keadaan ekonomi
October 3, 2022
Permohonan Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara, kata peguam
October 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Dua juta pekerja asing bakal masuk dalam tempoh terdekat: Saravanan
8 jam lalu · Isu semasa
Bantuan makanan bawah program MPN libatkan hampir 15,000 golongan rentan
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.70, kerajaan masih abai nasihat MPN
9 jam lalu · Isu semasa
MPN bimbang kejatuhan ringgit, tapi Gabenor kata bukan pengukur keadaan ekonomi
9 jam lalu · Isu semasa
Permohonan Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara, kata peguam
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Najib bukan Ahli Parlimen jika pengampunan ditolak, jelas Shafee
9 jam lalu
[VIDEO] Hutang negara dalam dolar AS hanya 5 peratus, kata menteri
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok