MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan

March 31, 2023 · Isu semasa

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberi jaminan kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan memberi komitmen 100 peratus bagi memastikan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 23’) di Langkawi, berjalan lancar.

Komitmen itu diberikan beliau walaupun beberapa program dan acara, dipercayai anjuran agensi dan jabatan Persekutuan, yang awalnya turut membabitkan Menteri Besar (MB) telah diganti dengan pegawai lain.

Pengerusi PN Kedah itu berkata beliau telah mengarahkan Syarikat Air Darul Aman (SADA) memastikan bekalan air bersih ke Langkawi dalam tempoh LIMA’23 tidak terganggu.

“Walaupun semua acara yang melibatkan MB terpaksa dipinda untuk digantikan dengan YB Setiausaha Kerajaan Negeri, saya akan pastikan semua agensi Kerajaan Negeri memberikan 100% komitmen Negeri Kedah.

“(Ini) bagi memastikan semua acara di LIMA’23 pada 23 hingga 27 Mei akan datang berjalan lancar dan sempurna.

“Misalnya Syarikat Air Darul Aman telah diarahkan untuk memastikan bekalan air bersih ke Langkawi dalam tempoh itu tidak terganggu walaupun akan menghadapi peningkatan penggunaan mendadak,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi (30 Mac 2023).

Sebelum ini, Muhammad Sanusi mendakwa beliau dilarang daripada menghadiri sebarang majlis dan program Kerajaan Persekutuan termasuk LIMA’23.

Walaupun, tidak menyatakan sebab dikenakan larangan itu, ada kemungkinan ianya disebabkan ‘perbalahan’ beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sehingga disaman Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata semua infrastruktur bekalan air terutama Loji Rawatan Air di Sungai Baru, jajaran paip dasar laut ke Langkawi dan Empangan Saga dan Bukit Malut disenggara sebaiknya untuk memastikan bekalan dapat dibekalkan dengan sempurna.

Beliau juga berkata agensi kerajaan negeri yang lain, khususnya di Langkawi, telah bersedia sepenuhnya sebagai tuan rumah LIMA’23.

“Kepada semua syarikat, agensi, pegawai kementerian, deligasi dari dalam dan luar negara yang terlibat serta para pengunjung… Selamat Datang Ke Pulau Langkawi Permata Kedah.

“Kami akan pastikan kunjungan semua pihak ke Langkawi adalah kunjungan terindah sepanjang hayat,” katanya sambil memetik hadis 6136 riwayat Al-Bukhari yang bermaksud:

“Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat makan jangan sakiti jirannya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka muliakanlah tetamunya. Juga sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka berkatalah dengan perkataan yang baik atau hendaklah dia diam.”

Berita berkaitan
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
9 jam lalu· Isu semasa
Kita tiada pilihan dan kita tidak boleh tutup, kata PMX ulas isu kapal LCS
May 27, 2023· Isu semasa
LIMA: Dr Mahathir terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
May 27, 2023· Isu semasa
Negeri diperintah PAS berdepan sekatan, birokrasi Putrajaya : Hadi
May 23, 2023· Politik
Popular
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
May 29, 2023
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
May 29, 2023
Kes bunuh dan bakar wanita, reman seorang lelaki disambung 5 hari
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
6 jam lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
7 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
8 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
9 jam lalu · Isu semasa
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
1 jam lalu
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok