MB Johor beri keterangan kepada PAC berhubung isu tanah MINDEF

July 5, 2022 · Isu semasa

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen bagi Prosiding Tukaran Tanah Kementerian Pertahanan (MINDEF), semalam.

Pengerusi PAC Wong Kah Woh dalam kenyataan hari ini memaklumkan Onn Hafiz adalah saksi keempat prosiding itu berikutan pendedahan Jawatankuasa Siasatan, Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) kepada PAC, iaitu beliau mempunyai kaitan dalam projek pembinaan Kem Paloh di Kluang bermula 2016 dengan kaedah tukaran tanah, lapor Bernama.

“Dalam prosiding yang diadakan di Pejabat Daerah Kluang, Johor, Datuk Onn Hafiz hadir atas kapasiti sebagai bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Pertahanan dari 2013 hingga 2018, dan siasatan PAC adalah menjurus kepada peranan yang dimainkan beliau dalam cadangan pembinaan Kem Paloh, Kluang mulai tahun 2016,” menurut kenyataan itu.

Wong memaklumkan Ketua Setiausaha MINDEF Datuk Seri Muez Abd Aziz dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) MINDEF Datuk Dr Shahrazat Ahmad turut hadir memberikan keterangan di hadapan PAC dalam prosiding yang berlangsung selama dua jam, bermula pada 4 petang.

Beliau berkata saksi-saksi yang telah dipanggil jawatankuasa itu sebelum ini bagi isu berkenaan adalah Pengerusi JKSTUPKK Tan Sri Ambrin Buang pada 16 Nov 2020; Muez pada 30 Nov 2020 dan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 1 Dis 2021.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan meneliti semua keterangan saksi dan seterusnya memuktamadkan laporan bagi prosiding berkenaan.

Projek tukaran tanah dan pembinaan baharu ini, yang bermula pada 2012 asalnya, melibatkan tukaran tanah kem asal iaitu Kem Kinrara, Selangor seluas 38.04 hektar, pembinaan fasiliti Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sendayan, Negeri Sembilan dan pembinaan Kem Tentera Darat di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Namun pada 2016, cadangan pembinaan Kem Tentera Darat di Port Dickson, Negeri Sembilan telah ditukar menjadi cadangan pembinaan Kem Paloh, Kluang.

Wong berkata sebelum prosiding bermula, PAC pada sebelah pagi melawat Kem Paloh seluas kira-kira 26.31 hektar bagi meninjau perkembangan pembinaan kem berkenaan yang dibangunkan bagi menempatkan Markas 33 Rejimen Artileri Diraja (33 RAD) dan 8 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD).

Berita berkaitan
PAC akan mula prosiding berhubung Pengurusan Dana HRD Corp pada Isnin
October 19, 2023· Isu semasa
Kumpulan pemerhati rasuah gesa dedah perjanjian tambahan LCS
October 11, 2023· Isu semasa
Selepas pendedahan PAC, MINDEF nafi AGC tak dilibatkan dalam perjanjian LCS
October 10, 2023· Isu semasa
MINDEF dibidas PAC ekoran perjanjian dimerterai tanpa persetujuan AGC
October 9, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok