MB, EXCO Terengganu potong gaji sebulan bantu Palestin

Sumbangan adalah komitmen serta solidariti kerajaan Terengganu dalam membantu rakyat bumi Palestin yang sememangnya terkesan dengan kekejaman zionis Israel.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan semua Ahli EXCO negeri bersetuju menyalurkan gaji sebulan untuk tabung #Aid4Palestine, bagi membantu rakyat Palestin yang ditindas rejim Israel sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata wakil rakyat penyokong kerajaan juga bersetuju menyumbang sebanyak RM3,000 seorang.

Katanya, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) turut memberi dana, dengan bantuan terkumpul setakat ini mencecah RM100,000.

“Ini komitmen serta solidariti kerajaan negeri dalam membantu saudara kita di bumi Palestin yang sememangnya terkesan dengan kekejaman zionis Israel,” katanya hari ini.

Katanya, gerakan kempen kutipan dana Palestin itu kini giat dijalankan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memudahkan rakyat sama-sama menyumbang.

“Pada kesempatan ini juga saya menyeru kepada pihak-pihak seperti syarikat swasta, NGO dan rakyat untuk menyumbang demi kebaikan penduduk Palestin,” katanya.

Pada 12 Mei lalu, Kerajaan Malaysia menubuhkan Sekretariat #Aid4Palestine bagi menyelaras bantuan kewangan untuk Palestin dan menyasarkan kutipan sebanyak RM1 juta.

Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata perkembangan terkini yang berlaku di Palestin dengan serangan berterusan oleh rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin adalah suatu tindakan zalim dan wajib dikecam.

POPULAR
Kes penghantar makanan pukul pelanggan hina Islam, 6 ditahanJune 12, 2021
LHDN tunggu Najib bayar cukai selama 8 bulan sebelum isytihar bankrapJune 11, 2021
Cemas tertukar bayi di hospitalJune 13, 2021
Lebih 4.2 juta sudah terima vaksin Covid-19, kata Menteri KesihatanJune 12, 2021
5,793 kes baharu hari iniJune 12, 2021
Tempoh darurat: Kerajaan ambil kira rakyat sebelum nasihat AgongJune 12, 2021