Mazlan Lazim Timbalan Ketua Polis Negara

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani memakaikan pangkat kepada Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim di Kementerian Dalam Negeri, hari ini.

Seperti dijangkakan, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Mazlan Lazim dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Mazlan bagi mengisi kekosongan jawatan yang sebelum ini dipegang Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara, 4 Mei lalu.

Sesi penyerahan jawatan itu dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Acryl Sani di Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini.

Sebelum ini, beberapa nama yang disebut untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Polis Negara, yang ditinggalkan oleh Acryl Sani.

Selain Mazlan, dua lagi nama yang disebut untuk menjawat jawatan berkenaan iaitu Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Zamri Yahya dan Pengarah Pengurusan, Datuk Ramli Din.

Sebelum ini, timbul spekulasi siapa yang akan menggantikan tempat dikosongkan Acryl Sani bakal menggalas tugas berat membantu ketuanya mengendalikan PDRM.

Spekulasi kini berlegar di kalangan Bukit Aman. Siapakah di kalangan 10 pengarah jabatan di dalam PDRM yang bakal diangkat ke kedudukan nombor dua dalam pasukan itu. PDRM pada 1 Jun lalu melakukan rombakan pegawai kanannya yang turut membabitkan tujuh daripada 10 pengarah jabatan berkuat kuasa 1 Julai depan.

Tujuh pengarah baharu jabatan itu membabitkan:

Pengarah Cawangan Khas, Datuk Zamri Yahya;
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Datuk Ramli Din;
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Zainal Abidin Kassim;
Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass;
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Abd Jalil Hassan;
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Datuk Azri Ahmad; dan
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Mohd Kamarudin Md Din.
Sementara, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JPST), Datuk Azisman Alias tidak terbabit dalam pertukaran tetapi dinaikkan pangkat dengan memangku jawatan Komisioner Polis (CP).

Tinggal dua pengarah jabatan yang tidak terbabit dalam rombakan berkenaan iaitu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Razarudin Husain, dan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, Datuk Seri Mazlan Lazim.

Lalu spekulasi bertiup kencang ke arah kedua-duanya – Razarudin dan Mazlan.

Mazlan Lazim disebut-sebut bakal Timbalan Ketua Polis Negara

POPULAR