Maybank tukar SMS OTP kepada Secure2u menjelang Jun 2023

September 28, 2022 · Isu semasa

Maybank akan beralih sepenuhnya kepada kaedah pengesahan yang lebih selamat melalui Secure2u menjelang Jun 2023 untuk aktiviti atau transaksi dalam talian yang berkaitan dengan pembukaan akaun, pemindahan dana dan pembayaran serta perubahan kepada maklumat peribadi dan tetapan akaun.

“Ini adalah selaras dengan cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk bank berhijrah daripada Kata Laluan Satu Kali SMS (SMS OTP) kepada pengesahan yang lebih selamat untuk transaksi-transaksi ini,” kata bank dalam satu kenyataan hari ini, menurut Bernama.

Pada masa ini, Maybank hanya membenarkan Secure2u untuk satu peranti bagi setiap pemegang akaun (setiap pelanggan) untuk meminimumkan kemungkinan butiran perbankan dalam talian pelanggan dikompromi atau digunakan oleh mana-mana pihak ketiga.

Sebagai langkah keselamatan tambahan, Maybank memaklumkan pelanggan melalui SMS, ‘push notification’ dan emel apabila Secure2u telah didaftarkan pada peranti baharu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Datuk Khairussaleh Ramli berkata ini adalah sejajar dengan usaha bank untuk mengutamakan keselamatan simpanan dan transaksi perbankan dalam talian pelanggannya pada setiap masa.

“Kami kekal komited dalam membantu pelanggan kami bagi mengelakkan mereka daripada ditipu oleh penipu.

“Ini dilakukan melalui langkah keselamatan sedia ada pada masa ini dan ketika kami secara berperingkat melancarkan lebih banyak langkah yang boleh membantu untuk menghalang atau meminimumkan kemungkinan pelanggan menjadi mangsa penipuan kewangan,” katanya.

Maybank juga menyokong pengumuman BNM pada 26 September 2022 (Isnin) berhubung langkah-langkah yang akan diguna pakai oleh bank di Malaysia bagi memastikan kepiawaian keselamatan lebih tinggi, terutamanya bagi perkhidmatan perbankan internet dan mudah alih.

‘Industri perbankan komited untuk bekerjasama untuk memerangi penipuan kewangan yang semakin berleluasa dalam persekitaran digital hari ini,” tegas beliau.

Selain itu, Maybank juga telah menyediakan talian hotline 24/7 khusus untuk pelanggan melaporkan insiden penipuan kewangan.

Pelanggan digesa untuk menghubungi talian hotline penipuan di +603 5891 4744 dengan kadar segera jika mereka mengesyaki butiran perbankan mereka telah terjejas atau telah berlaku transaksi yang mencurigakan atau sekiranya mereka ingin menggantung akaun bank mereka dengan pantas.

Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh menghubungi Talian Perkhidmatan Pelanggan Maybank di 1 300 88 6688.

Maybank sentiasa berkongsi kandungan bermaklumat di laman web Maybank2u dan di Facebook dan Instagram, dalam usaha untuk mengingatkan dan mewujudkan kesedaran di kalangan pelanggan tentang bahaya penipuan kewangan ini.

Berita berkaitan
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Unit Pemusnah Bom tak kesan bahan meragukan di Bank Negara: Polis
September 20, 2023· Isu semasa
Lebih RM1 juta masuk akaun Rosmah antara 2014-2017: Saksi
August 24, 2023· Isu semasa
Ekonomi negara berkembang paling perlahan sejak 2021, hanya 2.9% pada suku kedua
August 18, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Risiko beli sekarang, bayar kemudian
August 22, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
14 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
14 jam lalu · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok