Maybank naikkan kadar pinjaman asas 25 mata mulai Jumaat

July 6, 2022 · Isu semasa

Maybank akan melaras naik Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 8 Julai 2022, berikutan pengumuman kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.

Maybank dalam kenyataannya berkata BR akan dinaikkan daripada 2.00 peratus setahun kepada 2.25 peratus setahun, manakala kadar BLR akan dilaras daripada 5.65 peratus setahun kepada 5.9 peratus setahun.

“Begitu juga, Kadar Asas Islam dan Kadar Pembiayaan Asas masing-masing akan dinaikkan sebanyak 25 mata asas daripada 2.00 peratus setahun kepada 2.25 peratus setahun dan daripada 5.65 peratus setahun kepada 5.90 peratus setahun.

“Sehubungan dengan penyelarasan itu, kadar deposit tetap Maybank dan Maybank Islamic juga akan diselaras naik berkuat kuasa 8 Julai 2022,” kata Maybank.

Semakan terakhir dalam Kadar Asas Maybank adalah pada 13 Mei 2022 apabila ia dinaikkan daripada 1.75 peratus setahun kepada 2.00 peratus setahun berikutan kenaikan OPR dengan kuantum yang sama.

Terdahulu, BNM hari ini mengumumkan kenaikan sekali lagi OPR sebanyak 25 mata asas atau 0.25 peratus kepada 2.25 peratus.

Keputusan itu dibuat setelah mesyuarat dua hari Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM.

Susulan kenaikan itu, kadar siling dan lantai koridor OPR juga meningkat masing-masing kepada 2.50 peratus dan 2.00 peratus.

Kenaikan itu adalah yang kedua berturut-turut tahun ini selepas kali pertama OPR dinaikkan sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus pada mesyuarat terakhirnya Mei lalu.

Berita berkaitan
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024· Isu semasa
Kejatuhan nilai ringgit, Mat Maslan kata didorong faktor luaran
October 23, 2023· Isu semasa
Perbelanjaan pengguna merosot pada 2023?
August 29, 2023· Isu semasa
Ringgit boleh menyusut ke paras RM3.70 berbanding dolar hujung 2024
July 24, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok