Mayat warga emas berlumuran darah dipercayai dibunuh

May 24, 2023 · Isu semasa

Polis menemukan mayat wanita warga emas di bilik tidurnya dalam keadaan separuh bogel di sebuah rumah di Kampung Tersusun dekat Simpang Lima petang semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihak polis daerah Kerian telah ke lokasi kejadian dan menemukan mayat wanita yang tinggal berseorangan itu dengan kesan darah pada bantal, tilam dan dinding biliknya, menurut laporan Bernama.

“Terdapat kesan luka potong dan luka tikaman pada telinga, leher dan pipi mangsa yang berumur 61 tahun itu selain kesan lebam di lengan dipercayai berpunca daripada pergelutan bersama pelaku dalam usaha mempertahankan diri.

“Siasatan lanjut mendapati pelaku telah memecah masuk rumah mangsa berdasarkan kesan umpil pada tingkap nako dan tiga keping cermin ditanggalkan, bagaimanapun tiada barang berharga mangsa hilang,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Yusri berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.

“Hasil bedah siasat di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan luka tikaman pada bahagian leher,” katanya.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat menghubungi balai polis terdekat atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah Kerian di talian 05-7212222.

Berita berkaitan
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
2 jam lalu· Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
13 jam lalu· Politik
Ditipu skim pelaburan wang, lelaki rugi RM524,800
16 jam lalu· Isu semasa
Polis buru along buat ugutan kepada Ketua Polis Pulau Pinang
June 5, 2023· Isu semasa
Popular
4 bulan tiada ketua audit negara, kerajaan beria mahu bahas LKAN 2021
June 6, 2023
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
June 6, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Dalam pembelaan kes saman, Rosmah kata barang kemas diberi tanpa diminta
2 jam lalu · Isu semasa
Selesai polemik agama segera dengan bijak dan tertib, titah Sultan Selangor
16 jam lalu · Isu semasa
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
17 jam lalu · Isu semasa
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
17 jam lalu · Isu semasa
P.Pinang-Kedah: Keterlaluan label pandangan Sanusi sebagai jenayah
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok