Mayat wanita dalam kereta hanyut semasa banjir ditemui di Mersing

March 7, 2023 · Isu semasa

Mayat seorang wanita ditemukan dalam kereta Perodua Myvi malam tadi, dipercayai hanyut dibawa arus deras di Jalan Nitar Utama di Mersing, pagi semalam.

Penemuan tersebut adalah kematian kelima yang direkodkan akibat bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri baru-baru ini.

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Mohd Rizal Buang, berkata mayat wanita itu ditemukan dalam kereta berkenaan pada jam 10.19 malam ini, selepas keretanya ditemukan pada jam 6.55 petang semalam, menurut laporan Bernama.

Beliau berkata, kereta berwarna kelabu milik mangsa berjaya dibawa keluar menggunakan peralatan “vehicle rockery system”, yang mengambil masa kira-kira 40 minit berikutan berdepan kesukaran akibat pokok yang menghalang.

“Kita berjaya menemukan mangsa selepas kereta berkenaan dibawa naik sebelum menyerahkannya kepada pihak polis pada jam 10.22 malam untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Terdahulu, kereta mangsa ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dalam keadaan terbalik pada jarak 15 meter daripada lokasi dia dilaporkan hilang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani mengesahkan penemuan mayat wanita itu, yang dipercayai pemandu Perodua Myvi yang dilaporkan hilang pagi semalam.

“Mayat dibawa ke Unit Forensik, Hospital Mersing untuk proses bedah siasat dan pengecaman oleh ahli keluarga. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan berasingan, malam tadi.

Pada kejadian kira-kira jam 6.49 pagi itu, mangsa yang berusia 23 tahun itu, dipercayai dalam perjalanan dari Mersing ke Kluang dan memandu di jalan raya yang telah dinaiki air sebelum dihanyutkan arus bersama-sama kereta yang dipandunya.

Berita berkaitan
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
22 jam lalu· Isu semasa
Isu banjir Johor, kita pun naik malu nak cakap: TMJ
March 13, 2023· Isu semasa
Masih ramai mangsa banjir ditempatkan di PPS tiga negeri
March 11, 2023· Isu semasa
Penduduk Batu Pahat diminta berjaga-jaga hadapi banjir dan air pasang
March 10, 2023· Isu semasa
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
5 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
8 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
8 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
10 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
15 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok