Mayat remaja lemas ditemukan celah batu di Pantai Tanjung Balau

September 9, 2022 · Isu semasa

Mayat remaja perempuan yang hilang semasa mandi bersama-sama lima rakannya di Pantai Tanjung Balau, Bandar Penawar, Kota Tinggi pagi tadi dtemukan di celah batu petang ini.

Mayat Nurish Qhalisya Suhailizam yang berusia 13 tahun ditemukan pada jam 2.37 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora berkata mangsa ditemui pasukan penyelamat pada jarak kira-kira 50 meter dari lokasi dia dilaporkan lemas.

“Mayat dijumpai tersangkut di celah batuan di kawasan lokasi penemuan. Untuk makluman, lokasi kejadian ini ada terdapat kawasan berbatu.

“Mangsa telah dicamkan oleh ahli keluarga dan kini dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT) bagi proses bedah siasat dan operasi mencari serta menyelamat sudah dihentikan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Dalam kejadian itu, selain Nurish Qhalisya, dua beradik, Mohd Asyraf Syazwan Mohd Fairuz, 7, dan Nur Azrin Syazwani, 13, dilaporkan kritikal dan kini dimasukkan untuk pemantauan di unit rawatan rapi HKT.

Tiga lagi mangsa, Siti Alesya Qistina Mustafa, Siti Nur Alysya Abdullah dan Nur Zurin Hafeeza Mohd Azhari yang semuanya berusia 13 tahun dilaporkan selamat.

Hussin berkata, siasatan awal mendapati mangsa dan lima yang lain datang ke pantai berkenaan untuk beriadah dan bermandi-manda.

“Mereka yang terbabit dalam tragedi tersebut mendapat izin daripada ahli keluarga dan ketika kejadian, cuaca mendung dan air tenang, namun dipercayai sedang mulai surut,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai yang hadir ke kawasan rekreasi khususnya kawasan pantai, supaya berhati-hati dan menjaga keselamatan ahli keluarga agar musibah seperti ini tidak berulang.

Berita berkaitan
Kes hutang dipercayai punca ahli perniagaan diculik dalam Vellfire putih
September 30, 2022· Isu semasa
Ejen produk kosmetik yang diculik berjaya diselamatkan: Polis
September 30, 2022· Isu semasa
Kertas siasatan perhimpunan depan pusat beli belah dibuka polis
September 24, 2022· Isu semasa
Polis tahan pelajar antarabangsa miliki bahan pornografi kanak-kanak
September 22, 2022· Isu semasa
Popular
Kes libat Syed Saddiq lebih berat daripada Rosmah, SRC: Pendakwaan
October 6, 2022
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
October 6, 2022
PM menghadap Agong 45 minit
October 6, 2022
UMNO nak PRU masa banjir, Agong tinjau persediaan banjir
October 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
9 jam lalu · Isu semasa
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
9 jam lalu · Isu semasa
Kutipan cukai individu 2021 jatuh RM11 bilion: Ketua Audit Negara
10 jam lalu · Isu semasa
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
10 jam lalu · Isu semasa
PM menghadap Agong 45 minit
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
11 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok