Mayat dua pelajar sekolah agama lemas dijumpai berpelukan

June 17, 2022 · Isu semasa

Dua pelajar sekolah agama yang dilaporkan hilang ketika berenang bersama rakan di Sungai Machang Limbat di Kota Bharu semalam, ditemukan lemas kira-kira 20 meter dari tempat kali terakhir mereka dilihat.

Mayat Luqman Hakim Azman, 16, dan Muhammad Zulhafiz Azman, 18, ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada jam 8.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata pasukan mencari yang terdiri daripada polis, bomba dan penyelamat serta penduduk kampung menyisir kawasan itu sejak semalam bagi mencari dua remaja terbabit.

Rosdi berkata kedua-dua remaja itu didapati berpelukan antara satu sama lain

“Kedua-dua mangsa ditemukan terapung kira-kira 10 minit selepas operasi mencari dan menyelamat digerakkan bermula pukul 8.30 pagi tadi,

“Mayat telah dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kedua-duanya, pelajar sekolah agama di Terusan Limbat, dilaporkan pergi ke sungai bersama sembilan rakan lain kira-kira jam 6 petang semalam untuk berenang.

Sungai itu terletak kira-kira 200 meter dari sekolah mereka.

Difahamkan, remaja terbabit pergi ke sungai tanpa memaklumkan kepada warden sekolah.

Semasa berenang, salah seorang rakan kemudian menyedari bahawa kedua-duanya hilang sebelum kejadian itu dimaklumkan kepada polis. Kali terakhir mereka dilihat kira-kira jam 6.45 petang.

Pihak berkuasa dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 7.15 malam. Enam anggota dari balai bomba dan penyelamat Pasir Tumboh serta lapan penyelam dari unit Penyelamat Air Pengkalan Chepa dikerahkan ke lokasi kejadian.

Operasi mencari dan menyelamat dijalankan dalam radius 200 meter dari lokasi kejadian dan dihentikan sementara akibat keadaan gelap sebelum disambung semula pagi tadi.

Berita berkaitan
Kanak-kanak hilang di rumah rakit ditemui lemas
May 29, 2022· Isu semasa
China bantah tindakan Australia halang pelajarnya masuk
March 30, 2022· Dunia
Tular menu RMT dengan nasi dan kuah, KPM ambil tindakan: Radzi
January 20, 2022· Isu semasa
Pelajar dan pensyarah IPTA di Kuala Pilah pula disahkan positif Covid-19
December 3, 2021· Isu semasa
Popular
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Enjin bot rosak: 10 pemancing, 3 kru selamat
July 2, 2022
Keluarga B40 bertambah, MPN gesa usaha pulih ekonomi dipercepat
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
2 jam lalu · Isu semasa
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
7 jam lalu · Isu semasa
Malaysia bukan di planet lain, isu kos sara hidup berlaku seluruh dunia: PM
9 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak masa peket pulih dalam masa terdekat
9 jam lalu · Isu semasa
Segerakan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri bantu rakyat susah
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok