Mat Maslan cadang MP tukar parti tidak dibenarkan bertanding semula

July 27, 2022 · Isu semasa

Datuk Seri Ahmad Maslan atau Mat Maslan mencadangkan supaya Ahli Parlimen (MP) yang bertukar parti tidak dibenarkan bertanding semula di kerusi yang dikosongkannya apabila pilihan raya kecil (PRK) diadakan semula.

Ahli Parlimen Pontian itu menggesa langkah tersebut dimasukkan sebahagian daripada Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022, berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti bagi menghukum MP yang keluar parti asalnya.

“Saya mencadangkan supaya yang melompat tidak dibenarkan bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK). Tapi, kelihatannya apa yang kita nak pinda ini, kita akan benarkan mereka yang lompat itu untuk bertanding semula.

“Pada pandangan saya, perkara itu tidak wajar kerana kita perlu menghukum mereka yang melompat. Maka, sepatutnya kita tidak membenarkan mereka bertanding dalam pilihan raya,” katanya semasa perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau turut mencadangkan supaya MP yang melompat parti wajib memulangkan wang berkempen kepada partinya.

“Contohnya, Ahli Dewan Rakyat tidak boleh menggunakan lebih daripada RM200,000 (ketika berkempen). Maka, dia kena pulangkan RM200,000 itu kepada partinya supaya mereka berfikir banyak kali sebelum nak melompat,” katanya lagi.

Setiausaha Agung UMNO itu turut mencadangkan supaya Ahli Dewan Negara yang dipilih oleh parti, turut terikat dengan RUU berkenaan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Ada kleptokrat jadi TPM, tak tahu kabinet Anwar ini apa dia? soal Samsuri
16 jam lalu· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
17 jam lalu· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
17 jam lalu· Politik
Selepas dilantik TPM, Zahid puji Anwar pula lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan
18 jam lalu· Politik
Popular
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022
Bon Odori boleh jerumuskan kepada amalan syirik: Mufti Pulau Pinang
June 8, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
15 jam lalu · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
22 jam lalu · Isu semasa
2,421 kes baharu, 9 kematian
December 3, 2022 · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PRK Tioman
14 jam lalu
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok