
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan. - Gambar fail Bernama
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan beliau positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri di kediamannya.
Menurutnya beliau disahkan positif sejak tujuh hari lalu san kini telah masuk hari ketujuh menjalani kuarantin.
“Alhamdulillah, hari ini dah sampai hari ke 7 saya menjalani isolasi kendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata beliau sentiasa berwaspada terhadap penularan Covid-19 dan sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP).
“Didalam saya sangat berhati-hati menjaga SOP, terkena juga dengan jangkitan virus Covid 19.
“Berhati-hati lah, virus Covid-19 dah merata-rata di dalam masyarakat. Tak sabar nak turun ke Johor,” katanya.
Sebelum ini, beberapa kenamaan mengesahkan mereka dijangkiti Covid-19.
Antaranya termasuk Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein yang kini dirawat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, dan Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun.