Mat Hasan enggan ulas dakwaan skandal rasuah, serah SPRM siasat

May 11, 2022 · Isu semasa

Datuk Seri Mohamad Hasan tidak memberikan sebarang penjelasan berhubung dakwaan skandal rasuah yang dikaitkan dirinya dalam projek pembalakan dan pajakan tanah di Negeri Sembilan sekitar 2008 hingga 2010.

Timbalan Presiden UMNO itu sebelum ini terpalit dengan skandal rasuah yang didedahkan oleh seorang blogger terkenal dan kemudiaan seorang Ketua Cawangan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya kertas siasatan dibuka.

“Biar SPRM jalankan siasatan,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Mohamad ditemui wartawan selepas majlis Wacana Aspirasi UMNO (WAU) sempena ulang tahun penubuhan parti itu ke 76.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sama ada siasatan yang dijalankan badan itu merupakan satu gerakan politik untuk menghalang beliau dari dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

April lalu, media melaporkan, satu siasatan telah dimulakan SPRM terhadap seorang pemimpin kanan UMNO yang dikatakan menerima rasuah.

Siasatan itu dilakukan SPRM selepas satu laporan diterima agensi itu oleh Ketua Penerangan UMNO Cawangan Setapak Jaya 1A, Bahagian Setiawangsa Kuala Lumpur, Datuk Halim Rahmat.

Laporan yang dibuat pada 6 April lalu meminta SPRM menyiasat dakwaan oleh sebuah portal berita yang mengaitkan tuduhan rasuah berkaitan projek pembalakan dan pajakan tanah di Negeri Sembilan sekitar 2008 hingga 2010 di mana wang rasuah didakwa digunakan untuk membeli aset di luar negara.

Sebelum ini, sebuah portal berita, Malaysia Today mendedahkan Mohamad yang ketika itu Menteri Besar Negeri Sembilan didakwa menerima suapan bernilai RM10 juta daripada seorang pengarah syarikat.

Dakwaan itu didedahkan penulis blog, Raja Petra Kamarudin sebelum disiarkan di portal berita berkenaan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
2 minit lalu· Politik
Annuar Musa antara Ketua Bahagian dipecat UMNO, selain dua Ketua Wanita
12 minit lalu· Politik
1MDB: Saksi beritahu Jho Low sering jemput ke pangsapuri peribadi
15 jam lalu· Isu semasa
Tuduhan seleweng dana, SPRM mohon bantuan pihak buat dakwaan cari bukti
16 jam lalu· Isu semasa
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Tuduhan seleweng dana, SPRM mohon bantuan pihak buat dakwaan cari bukti
December 8, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar oleh kerajaan campuran baharu
December 8, 2022
Tiada apa nak disorokkan, kata Tengku Zafrul
December 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
1,616 kes baharu, empat kematian
2 jam lalu · Isu semasa
PN sedia berdepan PRN serentak di enam negeri: Tuan Ibrahim
15 jam lalu · Isu semasa
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
15 jam lalu · Isu semasa
Satu lagi nama kementerian ditukar oleh kerajaan campuran baharu
18 jam lalu · Isu semasa
Tiada apa nak disorokkan, kata Tengku Zafrul
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
December 7, 2022
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok