Masjid di Wilayah Persekutuan jadi pusat penempatan mangsa banjir

December 19, 2021 · Isu semasa

Masjid-masjid di Wilayah Persekutuan termasuk Masjid Wilayah Persekutuan dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dijadikan penempatan sementara untuk mangsa banjir, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad.

Beliau telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menyelaraskan perkara berkenaan, menurut laporan Bernama.

“Masjid-masjid di Wilayah Persekutuan telah bersedia dan akan menyediakan keperluan yang bersesuaian. Pihak masjid juga menguruskan makanan melalui Program Dapur It’am dan JAWI Food Bank,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) turut diarah menyediakan keperluan untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

Lembah Klang dilanda banjir buruk menyebabkan lebih 3,600 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara setakat malam tadi, selain sejumlah besar pengguna jalan raya terkandas akibat laluan dan lebuh raya ditutup setelah laluan dinaiki air.

Setakat 12 tengah hari ini, selain Kuala Lumpur dan Selangor, negeri lain yang turut terjejas dengan banjir ialah Kelantan, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok