Masih ada kelemahan 9 projek, program libatkan RM10.75 bilion

August 3, 2022 · Isu semasa

Sembilan audit prestasi bernilai RM10.75 bilion dijalankan pada 2021 melibatkan program, aktiviti dan projek yang dilaksanakan lapan kementerian, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 1 yang dikeluarkan hari ini.

Menurut LKAN itu, daripada jumlah pengauditan tersebut, lima daripadanya melibatkan kategori projek manakala empat lagi adalah kategori program dan aktiviti, lapor Bernama.

“Secara keseluruhannya, perlaksanaan aktiviti, projek dan program Kerajaan Persekutuan dilaksanakan mengikut objektif yang ditetapkan. Bagaimanapun, masih terdapat kelemahan seperti sasaran output dan keberhasilan yang ditetapkan tidak dapat dicapai atau tidak boleh dinilai.

“Hal ini kerana sasaran kuantitatif, mekanisme dan indikator tidak ditetapkan, serta data berkaitan tidak diselenggarakan dengan lengkap dan kemas kini,” menurut laporan itu.

Susulan itu, Ketua Audit Negara telah mengemukakan 33 syor untuk dipertimbangkan pelaksanaannya oleh kementerian, jabatan, agensi Persekutuan yang diaudit.

Menurut LKAN, mengenai Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan, pengauditan pengurusan dilaksanakan berfokus terhadap pencapaian objektif penubuhan syarikat dengan meneliti tiga aspek iaitu tadbir urus korporat, pengurusan aktiviti dan kedudukan kewangan syarikat.

Pengauditan terhadap pengurusan Syarikat Tujuan Khas (SPV) pula dilaksanakan bagi menilai prestasi aktiviti, amalan tadbir urus korporat dan pengurusan aktiviti SPV.

“Secara keseluruhannya, daripada tiga syarikat yang diaudit, didapati dua syarikat telah mencapai objektif penubuhan syarikat; dua syarikat menunjukkan tahap amalan tadbir urus korporat yang memuaskan; dan satu syarikat mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.

“Hasil pengauditan terhadap pengurusan syarikat SPV pula mendapati setakat 31 Disember 2021, lima SPV (20 peratus) telah berjaya mencapai fungsi khususnya, 18 SPV (72 peratus) sedang melaksanakan fungsi khususnya manakala dua SPV (8 peratus) telah berubah hala tuju fungsi khususnya,” menurut laporan itu.

Bagi membolehkan penambahbaikan terhadap perkara yang dilaporkan, Ketua Audit Negara mengemukakan 15 syor kepada pihak pengurusan syarikat berkenaan untuk diambil tindakan.

Mengenai aktiviti kementerian, jabatan, agensi dan pengurusan syarikat di peringkat negeri pula, Jabatan Audit Negara menjalankan pengauditan prestasi terhadap 15 program, aktiviti dan projek melibatkan tiga kementerian di Sabah dan Sarawak.

Menurut laporan itu, 124 syor dikemukakan oleh Ketua Audit Negara melibatkan 62 syor untuk dipertimbangkan pelaksanaannya oleh kementerian, jabatan, agensi negeri serta 62 syor oleh pengurusan syarikat kerajaan negeri yang berkenaan.

“Semua Pegawai Pengawal, Ketua Jabatan, Ketua Pegawai Eksekutif yang berkenaan telah dimaklumkan terlebih dahulu mengenai perkara yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk tujuan pengesahan,” menurut laporan itu.

LKAN Tahun 2021 Siri 1 mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Badan-Badan Berkanun Persekutuan dan LKAN Tahun 2021 Siri 1 mengenai Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan akan dimuat naik di laman web Jabatan Audit Negara selepas pembentangannya di Dewan Rakyat.

LKAN peringkat negeri pula yang melibatkan 13 negeri hanya akan dimuat naik di laman web Jabatan Audit Negara selepas pembentangannya di Dewan Undangan Negeri masing masing.

Berita berkaitan
Zahid lulus tiga projek di Tioman, DAP pun sokong juga?
December 6, 2022· Politik
Kenapa perlu tunggu menang PRU baharu nak serah bukti?
November 12, 2022· Politik
Fitnah projek RM2 bilion, Tuan Ibrahim hantar surat peguam kepada Rafizi
November 10, 2022· Politik
ECRL Puncak Alam diteruskan, kata Tengku Zafrul
November 6, 2022· Politik
Popular
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
January 27, 2023
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Strategi hadapi krisis ekonomi 2023
January 28, 2023
Pemimpin PAS dan Bersatu berkumpul di depan Kedutaan Sweden, tiada pemimpin UMNO
January 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Strategi hadapi krisis ekonomi 2023
7 jam lalu · Isu semasa
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
17 jam lalu · Isu semasa
Kes 1MDB: Saksi mengaku gagal kendali akaun Najib
22 jam lalu · Isu semasa
Pemimpin PAS dan Bersatu berkumpul di depan Kedutaan Sweden, tiada pemimpin UMNO
23 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh pengawal keselamatan, tertuduh dijatuhi hukuman mati
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ustaz Ahmad di majlis kutipan dana PRN Pas Kedah
11 jam lalu
[VIDEO] Noh Omar boleh rayu lagi walaupun sabotaj 16 kali, kata Megat Zulkarnain
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok