Masalah mental, lelaki lebih cenderung sembunyikan

September 14, 2022 · Isu semasa

Kes kesihatan mental dalam kalangan lelaki adalah tinggi tetapi kerap tidak dikesan kerana tidak menunjukkan simptom atau tanda kepada masyarakat berbanding wanita.

Pengurusan  kesihatan mental lelaki  memerlukan pendekatan sensitif-jantina yang membantu golongan itu untuk berfikiran lebih terbuka.

Selain  itu, cabaran terbesar adalah stigma masyarakat berhubung stereotaip negatif kepada individu dengan masalah mental dan dikaitkan dengan ‘gila’.

Stigma itu juga memberi kesan kepada lelaki untuk mencari bantuan kesihatan mental kerana ketahanan mental yang tinggi berbanding wanita dan imej maskulin.

Lelaki lebih cenderung untuk menyendiri dan tidak berkongsi lalu melepaskan rasa atau kesedihan mereka melalui perkara lain seperti melakukan keganasan,mengambil alkohol, dadah atau membunuh diri.

Menurut Pakar Psikatri merangkap Pengarah Pusat Komuniti dan Kelestarian Universiti Malaya, Prof Madya Dr Amer Siddiq Amer Nordin, satu per tiga atau 29.1 peratus daripada rakyat mengalami masalah kesihatan mental.

Dr Amer Siddiq berkata, lelaki biasanya tidak akan tampil ke hadapan disebabkan beberapa isu seperti malu.

“Apabila keadaan itu berlaku, ia akan menyebabkan mereka berada dalam keadaan tidak sihat untuk jangka masa yang lama. Jika mereka berada dalam situasi yang sukar, mereka akan mencuba untuk membunuh diri dengan cara yang lebih agresif dan sangat menakutkan.

“Berbeza dengan wanita (jika berdepan dengan sitauasi sama), cara mereka mencederakan diri ‘agak terhad’, namun peratusan yang ‘berjaya’ (tamatkan hayat sendiri) lebih tinggi,” ujarnya.

Pakar itu menambah, kadangkala imej maskulin yang ditampilkan oleh seseorang lelaki sebenarnya tidak menggambarkan diri mereka yang sebenar.

“Individu yang sebegitu, biasanya akan menampakkan diri mereka kuat meskipun berada dalam kesusahan, tetapi hakikatnya mereka ‘bertungkus-lumus’ untuk mengawal diri,” katanya.

Keadaan itu ujar Dr Amer Siddiq, amat tidak baik kerana ia membolehkan mereka terperangkap dalam kancah kesihatan mental.

Jadi, beliau menyarankan agar golongan lelaki perlu biasakan dengan pendekatan ‘it’s okay not to be okay’.

“Sentiasa mempunyai persepsi bahawa membincangkan isu kesihatan mental tidak akan menjatuhkan maruah dan sisi maskulin mereka. Selain itu, kurangkan stigma terhadap diri dan segera tampil bagi mendapatkan bantuan,” tambahnya.

Di Malaysia, Dr Amer Siddiq berkata, orang ramai tidak sepatutnya mempunyai masalah untuk menerima bantuan awal jika masalah mental melingkari kehidupan mereka.

“Mereka boleh menghubungi talian Nur (15999) untuk mendapatkan bantuan kaunseling dan jika masalah mereka berat, mereka pasti akan mendapat bantuan selanjutnya,” katanya.

Berita berkaitan
Seorang warga Syria didakwa melakukan khianat bakar bilik hotel
November 10, 2023· Isu semasa
Lelaki intai wanita di tandas pasar raya ditahan polis
October 23, 2023· Isu semasa
Tiga individu ditahan termasuk anggota penguat kuasa SPRM minta rasuah
October 12, 2023· Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023· Isu semasa
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
2 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
2 jam lalu · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
19 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
7 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok