Masalah kesesakan lalu lintas tiada kesudahan?

June 12, 2022 · Isu semasa

Bagaikan tiada penyudahnya kesesakan lalu lintas yang semakin teruk khususnya di ibu negara, Kuala Lumpur. Malah ia semakin bertambah teruk sebaik sahaja negara memasuki peralihan ke fasa endemik mulai 1 April lalu.

Ramai yang mengadu terpaksa menempuh kesesakan empat jam untuk pergi dan balik walaupun tinggal dan bekerja dalam daerah sama.

Dua jam berada dalam kereta melayan ‘jam’ menyamai masa perjalanan ke Ayer Keroh, Melaka yang jaraknya hampir 150km atau ke Tapah, Perak.

Lebih memberi kesan, kesesakan lalu lintas teruk mula dirasai selepas Aidilfitri kerana pekerja sudah kembali ke pejabat dan anak-anak ke sekolah.

Bukan sahaja jalan utama, jalan pintas di kawasan perumahan juga bertukar merah dalam aplikasi peta, Google Map.

Pengangkutan awam seperti tren juga sendat pada waktu puncak. Tambang e-hailing turut naik disebabkan kesesakan teruk.

Walaupun lebuh raya, laluan Transit Aliran Massa (MRT) dan terkini Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dibina, masalah kesesakan di bandar besar terutama di Lembah Klang tidak pernah selesai.

Kajian sebuah firma teknologi navigasi antarabangsa, Tom Tom berkenaan indeks aliran trafik 2021 menunjukkan Kuala Lumpur menduduki tangga ke-210 untuk kategori bandar paling sesak di dunia semasa pandemik.

Pada 2020, Kuala Lumpur berada di tangga ke-77, manakala pada 2019 sebelum pandemik, ibu negara berada di tangga ke-46 dengan rekod masa terkandas selama 170 jam.

Apabila masa banyak diluangkan atas jalan, jadi produktiviti kerja juga menurun. Masa bersama ahli keluarga terutama anak adalah terhad.

Ada yang mengadu hanya dapat meluangkan masa setengah jam berjumpa anak-anak sebelum mereka tidur dan sejam pada sebelah pagi sebelum ke sekolah.

Kita akui jumlah kenderaan bertambah setiap tahun, namun kadang-kadang kesesakan boleh dielakkan atau dikurangkan jika tiada pemandu yang terburu-buru dan tidak mematuhi peraturan ditetapkan.

Kadang-kadang disebabkan kereta rosak atau kemalangan kecil, masa perjalanan akan bertambah 15 hingga 30 minit kerana ramai yang memperlahankan kenderaan untuk melihat apa yang berlaku.

Kesesakan juga lazimnya berlaku di susur keluar dan masuk, lebih teruk lagi ada pemandu yang pentingkan diri tidak mengikut lorong yang betul selain ada yang memandu perlahan di lorong kanan.

Dalam pada itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melarang semua pengendali syarikat atau pemandu kenderaan barangan melibatkan kenderaan berat dengan muatan (BDM) melebihi 7,500 kilogram memasuki jalan raya utama di bandar raya ini dari 6.30 pagi hingga 9.30 pagi dan 4.30 petang hingga 7.30 malam setiap hari.

Hal ini berikutan pemantauan JPJ yang mendapati terdapat pergerakan kenderaan berat memasuki laluan waktu terhad ke pusat bandar raya pada waktu kemuncak iaitu sebelah pagi dan petang yang menyumbang kepada kesesakan lalu lintas serta menjejaskan kelancaran aliran trafik di Lembah Klang.

Berita berkaitan
Pemandu langgar motosikal ditunggang empat beranak didenda RM6,000
December 13, 2023· Isu semasa
Loke sahkan tiada diskaun saman JPJ akan diberikan
December 9, 2023· Isu semasa
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
Kenderaan ke Genting Highland akan dikenakan tol tidak lama lagi: Laporan
October 19, 2023· Isu semasa
Popular
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok