MASA lantik Azril sebagai CEO

Institut Masa Depan Malaysia (MASA) – sebuah badan pemikir – melantik Pegawai Khas kepada Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Azril Mohd Amin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa semalam (1 September 2021).

MASA dalam kenyataan hari ini berkata Azril mempunyai pengalaman lebih daripada 18 tahun sebagai pengamal undang-undang dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan, serta terlibat dalam penyelidikan terkemuka di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sambil mengucapkan tahniah di atas pelantikan itu, MASA berkata Azril terlibat di dalam portfolio penyelidikan dan dasar awam ketika bertugas dengan bekas Perdana Menteri itu.

Selain mengawal selia pelaksanaan polisi dan program di peringkat kementerian dalam bidang sosial dan hal-ehwal Islam beliau juga turut bertanggungjawab menasihati, menyusun teks ucapan dan ucaptama bekas Perdana Menteri itu.

“Berbekalkan pengalaman luas beliau, kami berharap Azril dapat membawa MASA ke satu tahap yang lebih tinggi sebagai badan pemikir yang terkemuka berlandaskan nilai-nilai kemakmuran bersama,” kata MASA.

BERITA BERKAIT
POPULAR