Mas Ermieyati kaji tindakan terhadap tuduhan Zahid, nafi guna dana parti

June 30, 2022 · Isu semasa

Datuk Mas Ermieyati Samsudin akan meneliti tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung tuduhan liarnya di mahkamah baru-baru ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) itu menafikan kenyataan Zahid di mahkamah yang menuduhnya menggunakan dana sayap parti untuk kepentingan peribadi adalah tidak berasas.

“Bagaimanapun, tuduhan (Ahmad Zahid) adalah dalam bentuk akuan bersumpah dari kandang saksi di mahkamah.

“Memandangkan keadaan itu, saya perlu mengkaji pertuduhan itu dengan lebih terperinci (sebelum memutuskan) jika tindakan lanjut perlu diambil,” katanya dipetik laporan media.

Menurut Ahli Parlimen Masjid Tanah itu, dakwaan sama dibuat Zahid  pernah dibangkitkan dan sudah menjawabnya ketika berkempen semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu.

Terdahulu Zahid mendakwa Mas Ermieyati dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai Bersatu pada 2018 kerana mereka sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Untuk rekod Mas Ermieyati dan Mustapa sebelum ini bertukar parti daripada UMNO menyertai Bersatu.

Dakwaan dibuat Zahid ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes pengubahan wang haram, pecah amanah dan rasuah melibatkan dana daripada Yayasan Akalbudi yang dikendalikannya.

Semalam, Mustapa sudah membuat penafian dakwaan itu sambil menegaskan kenyataan Ahmad Zahid itu berniat jahat.

Berita berkaitan
Skandal LCS, PH kesal dengan cara UMNO layan tentera ikut suka hati
38 minit lalu· Politik
Saya doakan Najib dan keluarga tabah, kata Hishammuddin
20 jam lalu· Politik
Asyraf kritik keputusan dalam kes Najib, boleh dituduh hina mahkamah
20 jam lalu· Politik
Soal keselamatan diteliti sebelum audit skandal LCS didedahkan: Wan Junaidi
23 jam lalu· Isu semasa
Popular
[KEMAS KINI] Peguam Najib mohon tarik diri
August 18, 2022
Mahkamah tolak permohonan Hisyam tarik diri wakili Najib
August 18, 2022
Peguam Najib pilih tak kemuka hujahan selepas permohonan ditolak
August 18, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mat Sabu, Chin Tong dedah petikan laporan audit forensik projek LCS
3 minit lalu · Isu semasa
Najib arah Perbendaharaan percepat proses pinjaman RM2b SRC
23 minit lalu · Isu semasa
66.82 peratus pelajar cemerlang STPM golongan B40
1 jam lalu · Isu semasa
Peguam Najib pilih tak kemuka hujahan selepas permohonan ditolak
1 jam lalu · Isu semasa
KPM lancar Portal Aduan Buli, umum Radzi
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok