Marshal AS tawar hadiah RM179,840 untuk tangkap kontraktor Malaysia

September 10, 2022 · Isu semasa

Perkhidmatan Marshal Amerika Syarikat (USMS) menawarkan hadiah sehingga AS$40,000 (RM179,840) untuk sebarang maklumat yang akan membawa kepada penahanan kontraktor tentera Malaysia Leonard Glenn Francis – juga dikenali sebagai ‘Fat Leonard’, yang melarikan diri dari tahanan rumah di San Diego, baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, USMS, sebuah agensi penguatkuasaan Persekutuan di bawah Jabatan Kehakiman AS berkata kontraktor pertahanan itu, yang berasal dari Pulau Pinang itu, dikehendaki kerana melanggar syarat pembebasan praperbicaraannya.

Francis, 58, sebelum ini yang mengaku bersalah merasuah pegawai Tentera Laut AS sebagai sebahagian daripada kegiatan rasuah yang luas, telah berada di bawah tahanan rumah selama beberapa tahun.

Dia didakwa memotong Sistem Kedudukan Global (GPS) yang perlu dipakainya dan hilang pada hujung minggu, menurut kenyataan Hal Ehwal Awam USMS.

“Perkhidmatan Marshals Amerika Syarikat menawarkan ganjaran sehingga AS$40,000 untuk maklumat yang membawa kepada penahanan Leonard Francis.

“Turut dikenali sebagai ‘Leonard Fat’, Francis dikehendaki kerana melanggar syarat pembebasan praperbicaraannya. Dia disabitkan kesalahan merasuah pegawai tentera laut,” kata USMS.

Francis dilaporkan telah memotong gelang buku lali pemantauan GPSnya pada pagi 4 September, mencetuskan penggera di mana Perkhidmatan Prapercubaan AS yang kemudiannya cuba menghubunginya tetapi gagal.

Pada hari itu, Perkhidmatan Prapercubaan AS menghubungi USMS untuk mendapatkan bantuan mencari Francis, yang kemudian mengaktifkan Pasukan Petugas Pelarian Serantau San Diego dan memulakan pemburuan berprofil tinggi, menurut Timbalan Marshal AS Daerah Selatan California, Omar Castillo.

Francis dilaporkan mengaku bersalah pada 2015 atas tuduhan dia memberi pegawai Tentera Laut AS wang tunai, hadiah dan pekerja seks sebagai pertukaran untuk maklumat sulit tentang tempat kapal dijadualkan berlabuh.

Dia kemudiannya akan melayan sasarannya dengan hadiah mahal selain pasangan mereka dan membayar perjalanan percutian selama seminggu ke Singapura dan Malaysia untuk salah seorang keluarga mereka.

Selepas pemeriksaan menyeluruh di tempat kejadian, pegawai tidak dapat mengesan Francis, tetapi menemui monitor GPS yang telah dipotong. Lokasinya juga kini tidak diketahu, kata Castillo sambil menjelaskan lelaki Malaysia itu dijadual dijatuhi hukuman pada 22 September.

Disebabkan isu kesihatan, Francis dikenakan tahanan rumah pada 2018, di bawah pengawasan Perkhidmatan Praperbicaraan, sebuah agensi Persekutuan di AS yang mengawasi defendan yang berada di luar tahanan sehingga hukuman dijatuhkan.

Dia dilaporkan bersetuju menjadi saksi pendakwaan yang sedang membina kes terhadap pengawai Tentera Laut AS yang terlibat dalam skandal itu. Agensi

Berita berkaitan
AS$600 juta masuk dalam akaun Najib boleh jejas nilai ringgit, kata saksi kes 1MDB
September 29, 2022· Isu semasa
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
September 28, 2022· Isu semasa
Najib ke mahkamah sambung kes RM2.28b 1MDB selepas keluar hospital
September 26, 2022· Isu semasa
PKR hormati keputusan mahkamah kes anak murid, kata Anwar
September 24, 2022· Politik
Popular
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Kertas siasatan Hakim Mohd Nazlan selesai: SPRM
September 30, 2022
Firdaus Wong lihat tangkap layar mesej lucah didakwa dihantar Ebit Lew
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,007 kes semalam, 5 kematian
3 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
3 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
5 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
17 jam lalu · Isu semasa
Terbitan MGII Lestari kerajaan RM4.5b terlebih langganan 2.38 kali
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
13 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok