Marah saya pun tak apa lah, PM terbuka terima kritikan

PDRM menawarkan diskaun 50 peratus kadar saman kepada orang ramai.

Kritikan orang ramai yang tidak berpuas hati terhadap cara kerajaan Perikatan Nasional (PN) menguruskan pandemik diterima secara terbuka, malah Tan Sri Muhyiddin Yassin berlapang dada sedia menerima sebarang pandangan rakyat.

Namun, Perdana Menteri berkata kerajaan tetap akan berusaha keras memastikan setiap nyawa dan keselamatan rakyat terjaga ketika krisis pandemik sedang melanda negara ketika ini, bagaimanapun orang ramai juga memberi kerjasama untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sudah ditetapkan.

“Tapi tambah berpuluh ribu katil pun tidak akan bermakna (jika rakyat tidak menjaga diri). Kalau naik kepada 20,000 (kes), setakat manalah kita mampu? Kita tak boleh buat begitu, negara maju pun tak terbuat macam itu.

“China terpaksa buat hospital dalam empat ke lima hari, tapi kita tak boleh buat (begitu). Jadi kita terpaksa minta tolong rakyat, bantu diri sendiri. Jagalah kita. Kita nak jaga diri kita supaya kita tak sakit, atau terkorban kerana kelekaan kita,” katanya dalam program bicara khas malam tadi.

Muhyiddin sedar dengan ketakpuashatian orang ramai ekoran kes jangkitan yang semakin tinggi setiap hari dan sekiranya orang marah terhadapnya sekali pun beliau sedia berlapang dada menerimanya sebagai seorang pemimpin nombor satu negara.

“Boleh lah nak salahkan kerajaan, marah perdana menteri pun tak apalah, saya terimalah. Rakyat kata: ‘Apa bodoh perdana menteri’, tak apa…,” katanya lagi.

Beliau juga menggesa supaya rakyat dapat berganding bahu menyokong usaha kerajaan ke arah melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19 dan hanya dengan langkah itu sahaja kita dapat menurunkan kes jangkitan saban hari meningkat.

“Seluruh masyarakat mesti berganding bahu, barulah boleh kita landaikan lekuk jangkitan Covid-19,” katanya ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Muhyiddin juga menegaskan sesiapa sahaja termasuk orang kenamaan seperti selebriti dan ahli politik yang didapati melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak terkecuali daripada dikenakan hukuman selaras dengan peruntukan undang-undang.

“Dasar kerajaan tidak double standard, Perdana Menteri atau sesiapa yang langgar undang-undang mereka tidak akan terlepas kena hukuman itu,” katanya.

POPULAR