Manipulasi saham, dua rakyat Malaysia disabitkan bersalah di Singapura

May 6, 2022 · Isu semasa

Rakyat Malaysia Soh Chee Wen dan Quah Su-Ling hari ini disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Singapura kerana memanipulasi pasaran dan terbabit dalam skim penipuan melibatkan saham Blumont Group Ltd, Asiasons Capital Ltd, dan LionGold Corp Ltd.

Menurut kenyataan bersama polis dan penguasa kewangan Singapura hari ini, Soh dan Quah masing-masing disabitkan dengan 180 dan 169 pertuduhan, lapor Bernama.

Kedua-duanya didakwa pada 25 Nov 2016 di bawah Akta Sekuriti dan Niaga Hadapan dan Kanun Keseksaan kerana memanipulasi pasaran dan harga tiga saham antara Ogos 2012 dan Oktober 2013.

Soh juga didakwa di bawah Akta Syarikat.

Mahkamah Tinggi mendapati Soh dan Quah melakukan konspirasi dengan mengawal dan menggunakan 187 akaun dagangan milik 58 individu dan penama korporat (akaun terkawal).

“Ini adalah kes manipulasi pasaran terbesar dalam sejarah Singapura,” menurut kenyataan itu.

Hukuman ke atas kedua-dua pesalah akan ditentukan kemudian.

Tertuduh ketiga, Goh Hin Calm, sebelum itu disabitkan bersalah pada 20 Mac 2019.

Goh, yang bersubahat mengaku bersalah atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 197 Akta Sekuriti dan Niaga Hadapan kerana dengan sengaja membantu kedua-dua mereka melakukan penipuan berhubung pasaran saham Blumont dan Asiasons antara 18 Mac 2013 dan 3 Okt 2013.

Dia dijatuhi hukuman penjara tiga tahun.

Empat pertuduhan sama turut diambil kira bagi tujuan menjatuhkan hukuman.

Berita berkaitan
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Pegangan saham Khazanah RM530.28 juta dalam TNB dilupuskan
October 20, 2023· Isu semasa
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Pihak berkuasa mula siasat kes helikopter jatuh di Bidor
September 13, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
6 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
6 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok