Mangsa ribut Pontian masih menanti bantuan Ahmad Maslan

October 23, 2021 · Isu semasa

Sudah seminggu berlalu, namun nasib seorang ibu tunggal bersama anak perempuannya yang tinggal di Lorong Atap, Jalan Bakek, Pontian masih tidak diketahui lebih-lebih lagi selepas berlaku ribut di kawasan berkenaan sehingga menyebabkan atap rumah mereka tercabut.

Apa yang lebih menyedihkan, bukan sahaja bantuan untuk membaik pulih atap masih belum diterima, tetapi ada pihak tertentu yang hanya mengambil gambar serta mencatat butiran peribadi sahaja.

Perkara itu bukan pertama kali berlaku terhadap Jamaliah Abdullah, 54, dan anaknya Emelia Shahirah, 19. Ketika musim Covid-19, beliau langsung tidak menerima bantuan bakul makanan oleh wakil rakyat setempat dan hanya pernah menerimanya daripada Majlis Perbandaran Pontian.

Untuk rekod, Ahli Parlimen (MP) Pontian ialah Datuk Seri Ahmad Maslan.

Sehingga hari ini, keluarga itu masih belum mampu membaiki kerosakan atap tersebut dan terpaksa tinggal dalam kesejukan apabila air membasahi ruang di dalam rumah ketika hujan.

“Sudah seminggu atap rumah saya tercabut, tetapi bantuan untuk membaik pulih masih belum diterima, jika ada pun setakat mengambil gambar serta mencatat butiran peribadi…

“Bantuan lain ketika musim Covid-19 seperti bakul makanan yang dianjurkan oleh wakil-wakil rakyat pun tidak pernah sampai kecuali daripada Majlis Perbandaran Pontian,” kata Jamaliah dalam laporan Kosmo.

Selain itu, Jamaliah yang berniaga kuih-muih dengan pulangan RM50 sehari sebagai sumber pendapatannya itu berkata, beliau kini turut menghadapi masalah apabila menginap di rumah usang peninggalan arwah bapanya yang dibina 30 tahun lalu.

Menurutnya, walaupun rumahnya dibina di atas tanah rizab Jabatan Pengairan Saliran (JPS) di tepi Sungai Pontian Kecil, namun dia membayar lesen pendudukan sementara (Tol) pada setiap tahun.

Katanya, dia tidak mempunyai tanah untuk membina rumah baharu dan kediaman yang diduduki sekarang adalah peninggalan arwah bapanya.

“Saya terkilan apabila ada pihak yang mempertikaikan status tanah yang kami duduki seolah-olah menghalang kami daripada menerima sebarang bentuk bantuan termasuk bencana alam,” ujarnya.

Sementara itu, anak Jamaliah, Amirul Faizal Jumaat, 32, mendakwa, dia mendapat tahu banyak bantuan disalurkan kepada mangsa-mangsa ribut di Pontian baru-baru ini, namun tiada pihak yang tampil membantu ibunya.

“Saya hanya bekerja sebagai pembantu di gerai menjual ikan di Pasar Kecil dan pendapatan pun tidak seberapa, hanya cukup menampung kehidupan saya, isteri dan dua orang anak,” kata Amirul. 

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan bantuan boleh menghubungi Jamaliah di talian 016-6453593 atau melalui akaun Bank Islam miliknya 01108020165870.

Berita berkaitan
Pembangkang pun tak sokong RUU kerajaan, Mat Maslan desak batalkan MoU
July 21, 2022· Politik
100 buah rumah rosak dipukul ribut di Perlis
July 13, 2022· Isu semasa
Amaran ribut petir beberapa kawasan di Kedah, pasukan penyelamat siap-sedia
July 12, 2022· Isu semasa
Usul kerajaan kalah, UMNO anggap MoU dengan pembangkang tak terpakai lagi
March 29, 2022· Isu semasa
Popular
Rayuan terakhir: Adakah Najib sedang guna strategi baharu?
August 12, 2022
Parti liar Janda Baik: Datuk Seri, warga emas antara 25 ditahan
August 11, 2022
Siapa ‘jerung’ di belakang skandal kapal tempur: Rafizi tanya Najib
August 11, 2022
Gerbang iPay88 alami ‘insiden’, data kad pelanggan mungkin terjejas
August 11, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ekonomi negara tumbuh lebih kukuh 8.9 peratus pada suku kedua: BNM
31 minit lalu · Isu semasa
Tindakan Najib, Arul pinda laporan audit 1MDB adalah perbuatan jenayah, kata saksi
33 minit lalu · Isu semasa
BNM jamin pelanggaran data iPay88 tidak libat kelemahan sistem bank
1 jam lalu · Isu semasa
Tubuh RCI siasat pelanggaran data setelah iPay88 alami ‘insiden’
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit rendah berbanding dolar AS
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok