Mangsa banjir Shah Alam meningkat 633 orang

November 11, 2022 · Isu semasa

Mangsa banjir di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor meningkat kepada 633 orang membabitkan 147 keluarga setakat jam 10.15 pagi ini (11 November 2022), lapor Harian Metro.

PPS terlibat Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Johan Setia, SK Sungai Binjai dan Masjid Al Falah Kampung Budiman.

Berdasarkan data Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mangsa terdiri daripada 198 lelaki dan 211 wanita.

Sementara 109 mangsa adalah kanak-kanak lelaki, 97 kanak-kanak perempuan, 15 bayi perempuan dan lapan bayi lelaki.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin Shari memaklumkan banjir dipercayai berpunca daripada kadar hujan yang tinggi di mana Meru, Klang merekodkan taburan hujan sebanyak 104 milimeter (mm).

Dalam pada itu, Amirudin memaklumkan beliau mendapat laporan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor banjir berpunca daripada keadaan longkang.

Justeru katanya, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diminta untuk segera mengambil tindakan di longkang dan ‘hotspot’ banjir.

Antara kawasan yang terlibat adalah Jalan Meru 3; Persiaran Hamzah Alang; Jalan Kasban; Jalan Kenangan; Taman Daya; Jalan Khamis; Jalan Jabar; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru dan Taman Setia Warisan Seksyen U6.

Beberapa kawasan lain turut dinaiki air antaranya, Jalan Haji Abdul Manan, Taman Seri Puteri, dan Jalan Limau di Meru; Taman Seri Sementa; Klang Sentral; Sungai Kapar Indah; Persiaran Hamzah Alang Kapar; Bandar Puteri Klang; Persiaran Mokhtar Dahari berdekatan Alam Budiman, Seksyen U10.

abatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri di seluruh negara sehingga jam 5 petang ini.

Amaran itu dikeluarkan susulan terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

MetMalaysia dalam kenyataan jam 1 tengah hari tadi, berkata ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Berita berkaitan
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
18 jam lalu· Isu semasa
Banjir Batu Pahat: Seramai 6,740 orang masih ditempatkan di PPS
March 21, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
March 20, 2023· Isu semasa
Isu banjir Johor, kita pun naik malu nak cakap: TMJ
March 13, 2023· Isu semasa
Popular
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
March 26, 2023
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
14 minit lalu · Isu semasa
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
2 jam lalu · Isu semasa
‘Jawab segera surat tawaran haji’
2 jam lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
2 jam lalu · Isu semasa
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok