Mangsa banjir Pahang tak perlu bayar bil air tiga bulan

January 26, 2022 · Isu semasa

Penduduk di lebih 40,000 rumah yang terjejas akibat banjir di Pahang, dikecualikan daripada membayar bil air selama tiga bulan mulai Januari hingga Mac.

Keputusan itu diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam kenyataan media hari ini setelah kerajaan negeri bersetuju memberi pengecualian itu.

Pengecualian itu dibuat kerana kerajaan negeri memahami keadaan mangsa banjir terutama ketika dalam fasa pemulihan akibat bencana itu, katanya dipetik daripada laporan BH.

Menurutnya pengecualian bayaran itu bermula bulan ini hingga Mac depan membabitkan lebih 40,000 rumah.

“Dengan pengecualian ini, peruntukan yang diberikan kerajaan negeri dianggarkan berjumlah RM1.5 juta.

“Diharapkan dengan pengecualian ini ia dapat membantu meringankan beban mangsa banjir terutama bagi membersihkan premis masing-masing yang terjejas akibat bencana alam itu,” katanya.

Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri komited membantu mangsa yang terkesan akibat bencana banjir di seluruh Pahang.

Katanya, sebelum ini, kerajaan negeri mengumumkan beberapa bantuan kepada mangsa banjir termasuk Bantuan Wang Ihsan (BWI).

“Selain itu pengecualian bayaran sewa selama tiga bulan kepada penyewa Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) yang terjejas banjir.

“Tidak terhenti di situ, kerajaan negeri menerusi mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bersetuju untuk mengecualikan pembayaran bil air selama tiga bulan di kawasan terjejas banjir baru-baru ini,” katanya.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok