Mangsa banjir meningkat di Sabah, Johor kekal

February 3, 2023 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah menunjukkan sedikit peningkatan manakala jumlah mangsa di Johor kekal pagi ini.

Kemaskini perkembangan bencana banjir di Sabah dan Johor.

Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir setakat 8 pagi ini meningkat kepada 535 orang daripada 165 keluarga dan ditempatkan di sembilan PPS, berbanding 478 orang daripada 151 keluarga malam tadi, menurut laporan Bernama.

“Mangsa teramai dipindahkan adalah di Telupid iaitu 208 orang daripada 65 keluarga dipindahkan ke empat PPS manakala di Beaufort, 200 orang daripada 55 keluarga dan dipindahkan ke satu PPS.

“Seramai 79 orang daripada 36 keluarga dipindahkan ke dua PPS di Paitan dan di Beluran 48 orang daripada sembilan keluarga di dua PPS. Mangsa banjir di Beaufort dijangka meningkat manakala daerah lain kekal,” menurut kenyataan itu.

Di JOHOR, jumlah mangsa yang ditempatkan di lapan PPS kekal 925 orang daripada 264 keluarga setakat 8 pagi ini.

Menurut kenyataan JBPN Johor, 877 orang daripada 249 keluarga berada di Batu Pahat manakala di Segamat pula 48 orang daripada 15 keluarga.

Sementara itu, keadaan cuaca di dua daerah tersebut cerah setakat 8 pagi, namun data pula menunjukkan paras air Sungai Bekok di Batu Pahat masih merekodkan bacaan melepasi tahap bahaya dengan bacaan 18.80 meter.

Berita berkaitan
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023· Isu semasa
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
March 26, 2023· Isu semasa
Banjir Batu Pahat: Seramai 6,740 orang masih ditempatkan di PPS
March 21, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
March 20, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
March 31, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
2 jam lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
5 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
5 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
6 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok