Mangsa banjir meningkat di enam negeri, mana Zahid, Ismail Sabri?

November 12, 2022 · Isu semasa

Berbaki tujuh hari sahaja lagi sebelum lebih 21 juta rakyat Malaysia akan membuang undi dalam Pilihan Raya Umum Ke-19 (PRU-19) pada 19 November ini, banjir akibat hujan lebat terus berlaku dan menjejaskan kehidupan rakyat.

Terbaharu, sehingga jam 8 pagi ini (Sabtu, 12 November 2022) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan enam negeri berdepan banjir, dengan mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 1,359 orang.

Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Melaka, Johor dan Kelantan telah membuka 23 pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir.

Dalam kenyataan laman Facebooknya NADMA berkata, Selangor merekodkan jumlah tertinggi mangsa yang dipindahkan iaitu 903 orang, diikuti Kedah (233); Pulau Pinang (75); Kelantan (62); Johor (57) dan Melaka (29).

D Selangor, NADMA berkata seramai 217 keluarga dengan 903 mangsa membabitkan dua daerah iaitu Klang dan Kuala Selangor ditempatkan di lapan PPS.

Di Kedah pula, seramai 233 mangsa daripada 60 keluarga ditempatkan di Kulim dan Bandar Baharu di lima PPS iaitu Surau Kampung Batu 18; Dewan Masjid Sungai Seluang; Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Tok Dik; SK Sri Limau; dan Surau Taman Sang Kancil.

Di Pulau Pinang, seramai 75 mangsa daripada 23 keluarga ditempatkan di dua PPS, manakala di Kelantan, 62 mangsa daripada 15 keluarga dipindahkan ke tiga PPS.

Menurut NADMA, 57 mangsa daripada 18 keluarga dipindahkan ke tiga PPS di daerah Segamat, Johor manakala 29 mangsa daripada 12 keluarga di Melaka dipindahkan ke dua PPS di Alor Gajah.

Susulan banjir yang berlaku itu, netizen tertanya-tanya di mana Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ini kerana, Zahid sebelum ini mendakwa UMNO sanggup meredah banjir untuk berkempen dalam PRU-15 kali ini.

Demikian juga Ismail Sabri yang membubarkan Parlimen ke-14, walaupun pelbagai pihak, termasuk jabatan dan agensi kerajaan telah memaklumkan bahawa pilihan raya tidak sesuai diadakan ketika musim tengkujuh mulai November hingga Mac setiap tahun.

Ismail Sabri yang hanya Naib Presiden UMNO, membubarkan Parlimen pada 10 Oktober lalu bagi membolehkan PRU-15 diadakan setelah menerima desakan daripada Zahid dan Majlis Tertinggi parti itu.

Susulan itu Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 15 November ini sebagai hari pengundian awal dan 19 November hari pengundian.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
2 jam lalu· Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
12 jam lalu· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Ada kes mahkamah pun tak apa, janji lantik Zahid kerajaan stabil: Mat Maslan
December 4, 2022· Politik
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
1,576 kes baharu, tiga kematian
December 6, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
1,576 kes baharu, tiga kematian
1 jam lalu · Isu semasa
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
12 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
17 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
December 5, 2022 · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
4 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok