Mangsa banjir meningkat hampir 3,000 berlindung di 31 PPS di 6 negeri

November 14, 2022 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir di enam negeri meningkat kepada 2,914 orang daripada 904 mangsa sehingga jam 12 tengah hari tadi, berbanding 2,546 mangsa sehingga jam 8 pagi 14 November 2022.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan sebanyak 14 daerah di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Johor dan Kelantan terjejas akibat banjir yang berlaku.

“Seramai 2,914 mangsa daripada 904 keluarga direkodkan sedang berlindung di 31 pusat pemindahan sementara (PPS) di semua negeri berkenaan,” kata NADMA dalam kenyataan petang iniu.

Berbanding statistik laporan jam 12 tengah malam, terdapat pertambahan enam PPS di seluruh negara yang membabitkan dua di Johor di Ledang dan Tangkak); dan tiga PPS di Larut, Matang dan Selama di Perak.

Menurut NADMA, pada jam 2.30 petang tadi, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan cuaca signifikan bagi tempoh 15 hingga 21 November ini.

Berdasarkan analisis model cuaca, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kebanyakan tempat di pedalaman dan barat Semenanjung, utara Sarawak serta barat Sabah, terutama pada sebelah petang hingga malam.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dijangka banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022· Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022· Isu semasa
Pusat undi di Sepang tenggelam banjir, ditukar lokasi
November 18, 2022· Politik
Esok PRU-15, 8 negeri banjir mangsa cecah 4,410 orang
November 18, 2022· Isu semasa
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
December 9, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
December 9, 2022
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
December 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
9 jam lalu · Isu semasa
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
14 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah arah Bung Moktar dan isteri bela diri, permohonan semakan ditolak
16 jam lalu · Isu semasa
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
16 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
13 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok