Mangsa banjir lebih 50,000 orang di 5 negeri

March 5, 2023 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 50,791 orang setakat jam 2 petang ini melibatkan lima negeri dengan Johor mencatat angka mangsa paling tinggi setakat hari ini.

Johor merekodkan 46,742 orang diikuti Pahang (3,042), Melaka (516), Negeri Sembilan (478) dan Selangor (13).

Di JOHOR, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan empat lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka menjadikan keseluruhan 264 PPS beroperasi di kesemua 10 daerah.

Menurut JPBN, Batu Pahat menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 15,915 mangsa daripada 4,616, keluarga diikuti Segamat (13,319 orang/3,895 keluarga); Kluang (5,270 orang/,525 keluarga); Muar (4,103 orang/1,214 keluarga) dan Kota Tinggi 3,249 orang daripada 865 keluarga.

Tangkak menempatkan 3,007 mangsa melibatkan 870 keluarga di PPS; Mersing (975/292 keluarga); Johor Bahru (511/174 keluarga); Pontian (330 orang/86 keluarga) serta Kulai dengan 63 orang daripada 15 keluarga.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 3,042 orang di 22 PPS tengah hari tadi berbanding 2,978 orang di 23 PPS, pagi tadi.

Sekretariat JPBN melaporkan walaupun banjir di Bera pulih sepenuhnya selepas 29 mangsa terakhir dibenarkan pulang ke kediaman mereka pagi tadi namun pertambahan mangsa direkodkan di Rompin yang merupakan daerah paling teruk terkesan bencana itu.

Setakat ini, 2,717 orang masih berada di 20 PPS sekitar Rompin manakala 296 orang pula ditempatkan di sebuah PPS di Temerloh dan 29 orang lagi di sebuah PPS di Maran.

Di MELAKA, jumlah mangsa meningkat kepada 516 orang daripada 138 keluarga berbanding 493 orang daripada 134 keluarga pada jam 8 pagi tadi.

Sekretariat JPBN, dalam satu kenyataan menyebut satu lagi PPS baharu dibuka di Jasin iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Rambai pada jam 11 pagi tadi menjadikan keseluruhan lima PPS di daerah itu yang menempatkan 507 orang daripada 135 keluarga manakala satu PPS di Alor Gajah menempatkan sembilan mangsa daripada tiga keluarga.

Di NEGERI SEMBILAN, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Leftenan Kol (PA) Mohd Nazri Mes Kam berkata jumlah mangsa banjir di negeri ini terus merekodkan penurunan kepada 478 individu membabitkan 123 keluarga di dua PPS di Tampin setakat tengah hari tadi.

Di SELANGOR, jumlah mangsa banjir di negeri itu juga mencatatkan penurunan kepada 13 orang daripada dua keluarga yang ditempatkan di SK Merbau Sempak, Sungai Buloh berbanding 71 orang daripada 17 keluarga, pagi tadi.

Berita berkaitan
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
March 26, 2023· Isu semasa
Banjir Batu Pahat: Seramai 6,740 orang masih ditempatkan di PPS
March 21, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
March 20, 2023· Isu semasa
Isu banjir Johor, kita pun naik malu nak cakap: TMJ
March 13, 2023· Isu semasa
Popular
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Radzi beri petua kepada timbalan menteri DAP jawab soalan Parlimen
42 minit lalu · Isu semasa
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
11 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
11 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
12 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri, timbalan menteri cuai, jangan salahkan pegawai gagal jawab isu RMT
9 minit lalu
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
54 minit lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok